‘Kenapa Lari? I Bayar Mahal Kahwin Dengan You’- Elak Dipegang Suami, Tindakan Fatin Afeefa Jaga Wuduk Dipuji

Sejak mendirikan rumah tangga bersama usahawan muda, Aliff Awang, pada 30 Disember tahun lalu, gelagat pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa sering mencvri perhatian netizen di media sosial.

Elak bersentuhan dengan suami?

Terbaharu, menerusi perkongsian TikTok suami pelakon Tentang Bulan itu, kelihatan Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin cuba untuk mengelak daripada bersentuhan dengan Aliff.

Dengan nada bergurau, Aliff bertanyakan kepada Fatin mengapa dia ‘lari’ daripada dipegang walaupun mereka berdua boleh berbuat demikian kerana telah selamat bergelar suami isteri.

Kenapa awak lari? Saya bayar mahal-mahal tahu untuk kahwin dengan awak. Saya nak pegang awak je.

Fatin jaga wuduk

Ternyata, Fatin bukanlah sengaja untuk mengelak daripada bersentuhan dengan suami tetapi disebabkan dirinya masih mempunyai air wuduk, maka dia terpaksa untuk berbuat demikian supaya tidak terbatal.

Sayang, janganlah… Jauhkan diri daripada saya. Saya ada wuduk ni.

@aliff_awang

Sayang 😭 I nak pegang je. Bukan pukul !! Kalau you tak bagi I pegang, I nak buat apa? Takkan I nak pegang phone je huhu. Bosan tau pegang phone asyik withdraw je kerja. I nak pegang you nak rasa kemenangan ! Eh kalau korang semua ada masalah macamni, cuba TEKAN LINK KAT BIO ! Maybe bila kau berduit, isteri takmau pegang 😭 tak percaya? Kau buat dulu duit dengan aku !

♬ Nan Ko Paham – Kkz D BLG

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet di bahagian komen kerana rata-rata memuji tindakan pelakon berusia 29 tahun itu yang cuba sehabis baik menjaga wuduk.

Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman mereka dengan mengatakan para suami kebanyakannya suka bergurau untuk memegang isteri walaupun sudah mempunyai wuduk.

Komen netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*