[VIDEO] Tokti selamba cover part rap lagu 7 Nasihat buat ramai teruja

Siapa tidak kenal dengan penyanyi nombor satu Malaysia ini? Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya seorang penghibur yang tersohor dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa.

Selain pernah menjayakan beberapa persembahan di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura, beliau juga pernah mencatat sejarah apabila mengadakan konsert di Albert Hall, London.

Sebagai seorang selebriti, Tokti juga mempunyai akaun media sosial beliau sendiri untuk berkomunikasi dengan para peminat. Malahan Tokti sangat aktif di media sosial berkongsi segala aktiviti seni, perniagaan dan juga aktiviti seharian beliau bersama keluarga serta anak- anak. Sehingga kini Instagram peribadi beliau itu telahpun mencecah sebanyak 8.9 juta orang para pengikut.

Terbaru menerusi video di laman tikok yang dimuat naik oleh @rozisangdewi memaparkan Tokti sedang melakukan ‘sound check’ lagu 7 nasihat yang dipopularkan oleh dirinya bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Apa yang mencvri perhatian, memandangkan Kmy Kmo difahamkan belum tiba di lokasi itu, Tokti dengan selamba menyanyikan ‘part’ rap penyanyi tersebut.

“Kmy Kmo belum sampai untuk sound check, Siti ambil part rap,” tulis @rozisangdewi menerusi video.

Video:

@rozisangdewi

7 Nasihat #SitiNurhaliza & Luca..sound check untuk dinner show.

♬ original sound – Rozisangdewi – Rozisangdewi

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 185.7k tontonan, 10.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata teruja dengan nyanyian Tokti.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok rozisangdewi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*