Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-28, Azah Aziz Titip Nasihat Rumah Tangga – ‘Letak Ego Masing-Masing Ketepi’

Bekas model dan pelakon, Azah Aziz berkongsi suka dvka sempena hari ulangtahun perkahwinannya yang ke-28 bersama suami tercinta, Daud Leroy Abdullah.

28 tahun perkahwinan

Menerusi hantaran video di laman Instagramnya, Azah atau nama sebenar Norazah Aziz mengakui setiap pasangan pastinya mempunyai liku-liku dalam rumah tangga. Malah, dia turut melu4hkan dirinya juga terpaksa berdepan dengan pelbagai liku dan cab4ran sepanjang 28 tahun perkahwinanya.

Perkongsian tentang ulang tahun perkahwinan kami ke 28 tahun.

Setiap pasangan ada liku-liku rumah tangga, tiada yang sempurna, saya juga ada liku-liku menempuh alam rumah tangga sehingga kini 28 tahun bersama, tak semudah untuk mengukuhkan, setiap masa ada dugaannya, semua orang akan merasai dugaan itu, semua terpulang pada diri kita dan pasangan kita bagaimana untuk menyelesaikannya.

Dalam pada itu, bekas pelakon berusia 50 tahun ini turut menitipkan nasihat buat pasangan di luar sana agar membincangkan segala permasalahan secara baik dan mengetepikan ego masing-masing. Namun, sempat berseloroh kepada orang yang belum berkahwin.

Yang ada masalah rumah tangga tu berbincanglah secara baik, letak ego masing-masing ketepi, lihat anak-anak, selesaikan secara baik.

Yang mana belum kahwin, jangan kahwin, jadi isteri dan ibu tak semudah yang di sangka. Pada akhirnya, semua ini adalah tentang kamu, pasangan dan keluarga kamu.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norazah Aziz (@azahaziz13)


Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*