[VIDEO] Kucing hanya tenung ikan, tak mencvri walau dah ada depan mata

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @loverxlin memaparkan seekor kucing berwarna hitam berada di hadapan beberapa bakul yang dipenuhi dengan ikan.

Apa yang mencvri perhatian ialah reaksi kucing tersebut yang hanya duduk berdiam diri dan tidak ‘mencvri’ ikan tersebut, berbeza dengan kebanyakan kucing yang pantang sahaja nampak ikan di depan mata, sudah tentu akan dicvrinya.

Kagum dengan sikap kucing tersebut, pemilik video kemudian memberi seekor ikan dan kemudian dia berlalu pergi.

“Walaupun dia lapar tapi dia tak mencvri hanye menunggu dan menanti adekah rezeki untuk diri dan anak2nya…,” tulis @loverxlin menerusi video yang dikongsi.

Video:

@loverxlin

wlupun dy lapar tapi dy xmencuri hanye menunggu dan menanti adekah rezeki untuk diri dan anak2nya…🥺🥺🥺 #allah #bismillah #alhamdulillah #pecintahaiwan #kucingjalanan #kucing #fyp

♬ سبحان الله – Ali Dawud

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 328.5k tontonan, 35.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: tiktok loverxlin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*