[VIDEO] Gelagat bayi jeling bapa tidur berdengkur buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @qwertyui0p7, dapat dilihat seorang bayi diriba oleh ibunya, sambil didodoikan untuk tidur.

Namun apa yang mencvri perhatian gelagat bayi tersebut yang secara selamba menjeling kepada bapanya yang sedang tidur, kerana lelaki itu tidur sambil berdengkur dengan kuat.

“Esok dahla aku nak kerja shift pagi,” tulis @qwertyui0p7 di ruangan kapsyen video.

Video:

@qwertyui0p7

♬ original sound – Dinosaurus – Dinosaurus

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.1 juta tontonan, 65.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat bayi tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok qwertyui0p7

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*