Muncul Duet Bersama Suami, Isteri Haqiem Rusli Hiburkan Penonton Dengan Rap Lagu Blackpink

Terdahulu pernah menjadi bualan hangat apabila terdapat satu syarikat rakaman yang ingin mengambil isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli untuk dijadikan penyanyi.

Namun, hal itu tidak disetujui oleh Haqiem kerana dia berpendapat bahawa isterinya tidak perlu berkecimpung di dalam industri muzik sepertinya.

Rap Blackpink

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Haqiem Rusli sedang menghiburkan penonton yang hadir di gig ‘Malam Mimpi Haqiem Rusli’ di Panggung Asia, Gombak. Difahamkan, lebih daripada 10 lagu yang dibawa oleh Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 itu.

Namun, apa yang mencuri perhatian penonton apabila isteri kepada penyanyi berusia 25 tahun itu, Anis Sofea yang menjadi tetamu istimewa pada malam tersebut.

Di dalam video itu, Anis menggayakan pakaian berwarna merah yang sedondon dengan suaminya dan menyanyi bahagian rap dari kumpulan terkenal Korea, Blackpink.

First time tau isteri Haqiem Rusli nyanyi sekali atas pentas dengan dia. Lagu ‘Pink Venom’ lagi.

@era.je

First time tau wife @haqiemrusli98_ nyanyi sekali atas pentas dengan dia. Lagu Pink Venom lagi. 😃 #sharERA #malammimpihaqiemrusli #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Ternyata penonton terhibur dengan gaya yang bersahaja oleh isteri pelantun lagu ‘Mimpi’ tersebut.

Namun, kebanyakkan netizen di ruangan komen tidak memahami apa yang dinyanyikan oleh usahawan berusia 21 tahun itu dan hanya menerima persembahan tersebut dek kerana rupa parasnya yang menawan dan cantik.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*