Isteri Kedua Izin Suami Kahwin Kali Ketiga Walaupun Tengah Berbadan Dua – ‘Saya Tak Larang Perkara Baik’

Di Indonesia, sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki menikahi isteri ketiga sambil ditemani dua orang lagi isterinya dalam satu majlis perkahwinan tular di media sosial.

Bergurau untuk jadikan isteri

Difahamkan, isteri ketiganya itu baru saja berusia 20 tahun dan mengatakan bahawa suaminya merupakan kenalan kepada bapanya selepas bertemu secara tidak sengaja malah tempoh perkenalan mereka juga singkat sebelum disatukan.

Pada awalnya, dia hanya bergurau untuk menjadikan saya sebagai isteri yang ketiga, namun kami juga tidak menyangkakan bahawa kami sememangnya berjodoh.

Wanita yang dikenali sebagai Alqia Zahra itu turut menjelaskan bahawa hubungannya bersama dengan kedua-dua madunya berada dalam keadaan baik malah mereka turut memberikan restu untuk berkahwin dengan suami.

Isteri kedua sedang hamil

Ujarnya lagi, dia begitu kagum dengan sikap penyabar kedua-dua madunya itu terutamanya isteri yang pertama kerana sanggup memberi keizinan untuk suaminya berkahwin sekali lagi.

Entah apa yang membuatkan dirinya mempunyai sifat sabar yang tinggi. Mereka semua orang yang hebat.

Sementara itu, isteri kedua iaitu Lutvi Seftia Rahmat mengatakan bahawa dia tidak akan melarang perkara yang baik dalam hubungan berumah tangga.

Disebabkan itu juga, dia memberi keizinan untuk suami berkahwin lagi walaupun sedang hamil anak pertama dan mengakui bahawa dia sayang dengan kesemua ahli keluarganya (isteri pertama, isteri ketiga dan anak-anak tiri).

Video:

@mifth_makeup

Yg lg viral #poligami

♬ suara asli – Titomunandar – Titomunandar

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*