Anak Gagal Dapat Markah Penuh Sebab Jawab Kapal Terbang ‘Lambat’. Tarik Perhatian & Ramai Terhibur!

Siapa sangka pengalaman anak-anak berdepan dengan masalah penerbangan yang kerap ‘delay’ semasa bercuti bersama keluarga memberi kesan pada tanggapan mereka bahawa kenderaan tersebut mengambil masa yang begitu lama untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Ini sepertimana apa yang dikongsikan oleh pengguna tiktok yang dikenali @imannurrezkiiiiiiiiiiiii, apabila anak perempuannya nyaris mendapat markah penuh di dalam kertas ujian namun salah menjawab satu soalan yang berkaitan kapal terbang.

Dalam hantaran tersebut, jelas menunjukkan kertas soalan mengandungi gambar kura-kura, harimau, basikal, kereta polis, kapal terbang dan siput dan kanak-kanak berkenaan perlu mengklasifikasikan ia mengikut kepantasan masing-masing sama ada CEPAT atau LAMBAT.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kanak-kanak yang dikenali Alisha salah hanya satu soalan sahaja iaitu dengan mengatakan kapal terbang adalah lambat dan bukannya cepat.

Susulan itu, apabila diajukan soalan kepada anaknya itu berkenaan kenapa dikatakan kapal terbang lambat.

Nyata benarlah pengalaman itu ‘guru sejati’!

Rupa-rupanya dia pernah mengalami kelewatan waktu penerbangan sewaktu menunggu penerbangan untuk ke Taiping bersama-sama keluarganya.

“Lambat sebab kita tunggu kan berjam-jam. Pergi Taipin saja berjam-jam, empat jam.

“Betullah, kapal terbang lambat, berjam-jam,” jawabnya.

@imannurrezkiiiiiiiiiiiii

It’s the trauma for me 🤣 That was her first “delayed” flight from Kuching to Penang for our family gathering in Taiping. Hence, the reason why she said “belon” is a slow machine. #fypシ゚viral #bahasasarawak #airasia #tiktoksarawak #kuchingtiktok

♬ original sound – imnnrrzki – imnnrrzki

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan kanak-kanak tersebut, dan ada juga yang setuju dengan alasannya itu. Mereka juga mengatakan kanak-kanak tersebut mengadaptasikan pengalaman yang dilalui  dalam menjawab kertas peperiksaan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*