Aksi senget kepala peniaga pisang cheese bikin ramai ‘cair’, paling jadi perhatian soalan tentang menu… “Biasa? Biasa maksudnya?”

KISAH graduan sekolah penerbangan yang berniaga pisang goreng keju di Kajang, Selangor, terus meraih perhatian ramai selepas dikongsikan dalam segmen Figura mStar pada 30 Januari lalu lalu.

Beberapa hari selepas penerbitan artikel tersebut, video peniaga kacak dikenali sebagai Adib Aidil, 24, sekali lagi tular sehingga dia menjadi perbualan ramai netizen.

Dalam video terbaharu, Adib mencvri perhatian ramai dengan aksi comel apabila dia menyengetkan kepala sambil bertanya mengenai menu yang dimahukan pelanggan.

“Biasa? Biasa maksudnya?” soal Adib kepada pelanggannya.

Video berkenaan meledak sejak dua hari lalu, malah turut menerima respons ramai pelayar TikTok, termasuk influencer Imran Bard dan anggota kumpulan Forteen, Ariz Lufias.

Ketika dihubungi mStar, Adib berkata dia peka dengan video tular itu dan menganggap ia sebagai satu promosi percuma untuk perniagaannya.

Jelas Adib lagi, dia juga sedar apabila ramai yang mempertikaikan soalan itu dan menjelaskan bahawa terdapat dua jenis ‘menu biasa’ di gerainya.

“Saya berdepan dengan pelbagai jenis pelanggan setiap hari. Jadi apabila pelanggan kata nak yang biasa, ia ada dua jenis sebenarnya.

“Biasanya kalau pakcik makcik yang dah berusia, kalau mereka sebut nak yang biasa, maksudnya mereka nak pisang goreng kosong tanpa topping. Mereka tak makan manis-manis.

“Tapi ada juga pelanggan minta nak yang biasa, maksudnya mereka nak yang paling basic iaitu topping cheese saja, tanpa topping perisa lain.

“Jadi saya selalu confuse mereka nak order biasa yang ada cheese saja atau biasa yang kosong. Sebab tu saya tanya semula,” jelas Adib.

Menurut Adib, dia juga menonton hampir semua video parodi yang meniru aksinya menyengetkan kepala dan langsung tidak berkecil hati dengan hal itu.

adib5

Ariz Lufias dan Imran Bard turut memuat naik parodi sebagai respons kepada video tular itu.

“Yang tiru senget kepala tu, saya memang tengok dan ada yang saya repost. Semuanya kelakar. Saya tengok dah lebih 200 orang stitch video tu.

“Sebenarnya ada papan menu depan kedai. Apabila customer tengok menu, saya tak nampak muka mereka. Kadang-kadang mereka order pun saya tak nampak.

“Sebab ada menu tu, jadi terhalang pandangan. Jadi saya terpaksa sengetkan kepala sebab nak tengok muka pelanggan,” ujarnya lagi.

adib3

Adib merupakan lepasan sebuah sekolah penerbangan.

Menurut Adib, dia juga menganggap penularan video itu sebagai satu kaedah pemasaran percuma yang mampu memberi manfaat buat perniagaannya.

“Yang ni semua macam free marketing. Orang tolong promote. Rezeki viral, memang target tahun ni saya nak orang beratur di gerai. Ini permulaan baik untuk 2023.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya bersyukur dengan semua video yang dihasilkan tentang saya. Saya tak anggap mereka kvtuk saya, sebaliknya saya ambil positif saja,

“Masa sebelum viral, saya hanya ada dalam 12,000 pengikut. Dalam masa dua hari, dah naik jadi 21,000 pengikut di TikTok,” ujarnya lagi.

adin8

Pisang goreng keju hasil air tangan Adib.

Menerusi artikel Figura mStar baru-baru ini, Adib berkata dia menamatkan pengajian pada tahun 2020, namun rezeki belum berpihak kepadanya bergelar juruterbang.

Enggan mempersiakan masa, Adib sebaliknya memilih untuk berniaga pisang goreng keju di hadapan restoran ibu bapanya sejak Januari 2021.

Gerai yang diberi nama Banana Dibs itu menawarkan 13 perisa, antaranya coklat, Nutella, coklat cheese, Oreo cheese dan butterscotch.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*