“Nak Poligami Tapi Tak Tahu Tanggungjawab” – Puteri Sarah Mahu Bantu Ibu & Tujuh Anak Dih4lau Dari Rumah Sewa

Pelakon, Puteri Sarah menyatakan hasrat untuk membantu seorang ibu anak tujuh yang dih4lau dari rumah sewa.

Menerusi hantaran di Insta Story miliknya, Puteri Sarah telah berkongsi satu keratan berita bertajuk ‘Ibu & 7 Anak Dih4lau Dari Rumah Sewa, Suami Jarang Balik Sejak Ada Bini Muda,”

Puteri Sarah berpendapat kelakuan suami wanita itu agak kej4m kerana mengabaikan isteri dan anak-anaknya selepas berpoligami.

“Allahuakbar kej4mnya. Inilah yang dikatakan nak poligami tapi tak tahu tanggungjawab.

“Siapa kakak ni? Jika ada ada contact DM Sarah please. Sarah nak tolong,” tulisnya.

Untuk info, netizen melabelkan Puteri Sarah sebagai wanita hebat keran memperjuangkan haknya sebagai seorang isteri susulan konflik rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Konflik tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pengakuan Syamsul membuatkan topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*