Jika sebelum ini, kita melihat suami kepada pelakon terkenal Emma Maembong sebagai seorang yang serius, ternyata ianya silap.
Menerusi perkongsian di TikTok @themariposa7, suaminya Emma telah meniru cara percakapan serta gaya Emma berjalan.
Di dalam video tersebut, Shazli telah melakonkan semula beberapa babak yang selalu dilakukan Emma dalam kehidupan seharian seperti mendukung anak, pergi ke salon rambut, makan telur separuh masak dan memesan makanan dengan keluhan sama yang Emma sering lakukan.
Ingatkan hanya Emma Maembong sahaja yang pandai berlakon, rupanya suami Emma iaitu Muhammad Shazli Azhar pun turut memiliki bakat yang sama.
Memang real lakonan tersebut. Gaya dan cara bercakap semuanya serupa.
Video:
@themariposa7 Masuk air juga laki Emma Maembong ni, bini siapa macam ni juga?🤣🤣
Meninjau di ruangan komen, ramai yang tidak tahan gelak apabila menonton video tersebut dan tidak menyangka suami Emma rupanya seorang yang kelakar.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply