[VIDEO] Gelagat monyet goncang piring Astro cvri perhatian ramai

Biarpun spesis haiwan ini banyak berkeliaran di hutan berhampiran kediaman, namun monyet atau pun kera juga ada yang dipelihara untuk tujuan tertentu.

Monyet adalah seekor haiwan yang pintar. Boleh dikatakan haiwan tersebut memiliki kepintaran yang luar biasa kerana pandai menunjukkan ekspresi wajah mereka mengikut perasaan yang dialami. Jika dilatih dengan baik, mereka juga mampu untuk berkomunikasi dan kadangkala membuatkan manusia terhibur.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @emilyvincent88 memaparkan seekor monyet yang berada di atas sebuah bumbung rumah.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat monyet tersebut yang secara selamba menggoncang piring Astro yang terdapat pada bumbung rumah tersebut, sehingga ada netizen yang berseloroh bahawa monyet tersebut bertindak sedemikian kerana siaran TV asyik berulang.

“Hello abang astro… Astro tarak jalan la… ,” tulis @emilyvincent88 di ruangan kapsyen

Video:

@emilyvincent88

Hello abang astro… Astro tarak jalan la… #astro #funnymonkey #fyp

♬ Funny Song – Cavendish Music

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.3 juta tontonan, 73.3k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat monyet tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok emilyvincent88

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*