“B4yi Dalam Dukungan Saya Antara Yang Ditinggalkan Dalam Keadaan Masih Merah, Baru Dilahirkan…,” – Neelofa

Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa tampil melakukan kerjasama istimewa Naeloar (Naelofar Kindness Box) bersama OrphanCare Foundation khusus bagi memberikan perlindungan kepada b4yi yang tidak bernasib baik.

Menerusi sebuah video terkini yang dikongsikan hos Next To Neelofa itu di Instagram, Neelofa memberi penerangan serba sedikit mengenai khidmat yang ditawarkan daripada organisasi berkenaan.

“Saya berkesempatan ke @orphancare.foundation hari ini. Perjuangan yang mereka lakukan membuatkan saya terasa diri ini kerdil.

“B4yi dalam dukungan saya ni antara b4yi ditinggalkan dalam keadaan masih merah dan baru sahaja dilahirkan dan rupanya tali pusat masih bersambung dengan uri disebalik kain & urinya diletakkan dalam bag.

“Bayangkan, dengan keadaan baby yang masih merah itu ditinggalkan sendirian. Tapi apa yang baiknya, b4yi itu telah dibawa ke hospital dengan segera oleh petugas @orphancare.foundation.

“Apa sebenarnya yang jadi kepada b4yi? Kenapa ibu dia meninggalkan anaknya? Tak ada siapa tahu tetapi ibunya telah membuat keputusan betul dengan meletakkan baby di tempat sepatutnya dan tidak membuangnya di tempat yang bukan-bukan,” tulis Neelofa menerusi ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Malah, khidmat yang diberikan turut diberikan kepada bakal ibu yang bakal bersalin.

“Jika ada di luar sana yang ada masalah sebegini, OrphanCARE bukan hanya terima b4yi terbuang, tapi mereka juga ada tawarkan perlindungan kepada bakal ibu sampailah mereka selamat bersalin.

“Jika ada antara anda yang tak mahu menjaga b4yi anda, tinggalkan saja di baby hatch yang dibuka setiap sehari. Jika anda perlukan bantuan, boleh datang ke OrphanCARE dan mereka akan bantu sehingga anda melahirkan b4yi, Insya-Allah.

“Kempen Naelofar Kindness Box juga menyumbang untuk @orphancare.foundation sempena bulan kelahiran Lofa. Dengan setiap pembelian, RM5 akan diserahkan kepada OrphanCARE untuk mereka meneruskan kerja baik mereka dalam menyelamatkan b4yi.

“Semoga usaha kecil yang saya dan @naelofar lakukan dapat membantu serba sedikit perjuangan @orphancare.foundation untuk melindungi banyak lagi nyawa kecil yang tidak bersalah, Insya-Allah,” jelasnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis serta peminat memuji inisiatif yang dilakukan pihak berkaitan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*