Lelaki Penang ang4u g4dis Poland, j4tuh cinta selepas 4 hari pusing-pusing pulau… Mak bagi ‘greenlight’, bulan Julai bawa jumpa famili

JODOH seseorang tidak mengenal latar belakang dan kewarganegaraan.

Jika sudah tertulis sebagai ketentuan, pasti sesebuah pertalian itu akan tetap disatukan walaupun jarak beribu batu menjadi pemisah.

Begitulah kisah Radzi Md Noor, 34, yang hubungannya dengan seorang wanita dari Poland boleh digambarkan seperti bulan j4tuh ke riba.

Radzi bersama wanita dari Poland.

Melalui satu video tular di TikTok, Radzi berkongsi bagaimana episod percintaan mereka bermula apabila dia menjadi pemandu pelancong kepada wanita tersebut yang senang disapa sebagai Kasia.

Berkongsi cerita kepada mStar, Radzi berkata dia tidak menyangka sama sekali untuk mempunyai wanita ‘mat salih’ sebagai peneman hidup.

“Benda ni orang cakap memang nak jadi. Saya tengah scroll Instagram kemudian jumpa sesi live perempuan ni, saya pun join je la tengok.

“Rupanya dia tengah ada dekat Pulau Pinang, kebetulan saya buka cafe dekat sini. Kasia ni dari Poland dan dia pergi lawat kawan di Singapura, kawan dia nak pergi melancong ke Thailand tapi dia tak nak ikut sama.

“Jadi dia singgah ke Pulau Pinang sementara kawan dia tengah berfoya dekat Thailand. Waktu tu dia memang solo je, tak ada siapa teman dia dan dia pun buntu apa tempat menarik dekat Pulau Pinang ni.

“Saya beranikan diri dan pergi komen dekat dalam live tu cakap I can be your tour guide at Penang for two days, but you have to pay me. Kita cuba nasib je sekali dia baca komen tu dia kata on, terus tanya kat mana boleh jumpa,” kata Radzi.

Seterusnya Rashid dan Kaisa membuat temu janji pertama mereka untuk bersiar-siar di sekitar Pulau Pinang.

“Saya pergi ambil Kasia dekat hotel. Hari pertama jalan kaki je. Saya bawa Kasia pergi makan nasi kandar, char kway teow, laksa dan saya bagi dia rasa segala jenis menu syurga makanan dekat Pulau Pinang ni.

“Lepas tu saya bawa Kasia pergi Batu Feringghi tengok pantai. Kasia beritahu yang dekat Poland dia kerja sebagai interior designer dan minat tengok bangunan dekat Pulau Pinang ni sebab kaya dengan sejarah.

Radzi menghantar Kasia pulang di stesen bas.

“Hari kedua saya bawa Kasia naik skuter sebab nak pergi tempat jauh. Dia takut tapi pada sama dia excited sebab ini first time dia naik motosikal. Memang Kasia layan tengok pemandangan sambil muka kena angin laut.

“Kalau ikut persetujuan mula-mula dua hari je saya jadi tour guide untuk Kasia tapi lepas tu dia macam selesa dengan saya dan dia ajak keluar lagi lepas tu. Sudahnya kami luangkan masa dekat empat hari bersama,” ujar Radzi.

Ketika ditanya apakah rahsia sehingga Kasia boleh menjadi sebegitu selesa dengannya, Radzi berkata dia hanya menjadi dirinya yang sebenar.

“Saya memang jenis ‘masuk air’ dan kelakar. Kalau orang tak suka dengan cara saya, saya tak kisah.

Kasia menikm4ti suasana sekitar pantai Batu Feringghi.

“Mula-mula memang saya tak ada niat untuk jalinkan hubungan istimewa dengan Kasia, saya cuma nak bawa dia jalan-jalan tengok tempat saya.

“Tapi rupanya dia suka dengan cara saya sebab dia kata saya tak mengongkong dia. Sebelum ni dia pernah melancong ke negara lain dan ada ajak orang tempatan untuk teman dia tapi senang cerita tak serasi.

“Dengan saya boleh pula dia ‘click’ dan kami saling bertukar cerita tentang kehidupan masing-masing. Daripada situ kami mula jadi rapat,” terang Radzi.

Halangan bahasa pastinya menjadi persoalan dalam hubungan mereka tetapi Radzi memberitahu perkara itu bukan satu masalah kerana dia mempunyai pengalaman dalam industri perhotelan.

“Saya pernah kerja dekat hotel Hard Rock di Pulau Pinang dan daripada situ la saya biasa bergaul dengan pelancong asing. Bahasa Inggeris saya kalau ikutkan tak power mana pun tapi saya confident dan tak kekok nak bercakap.

“Kaisa cuba nak belajar Bahasa Melayu tapi lidah dia keras sikit sebab bahasa ibunda dia Polish, memang sebutan semua lain dari lenggok bahasa kita,” katanya.

Radzi mengambil gambar swafoto bersama Kasia sebagai kenang-kenangan.

Kini Kasia sudah pulang ke tanah airnya tetapi hubungan dengan Radzi tidak terputus begitu sahaja kerana mereka sempat bertukar nombor telefon.

“Saya ada simpan nombor WhatsApp Kasia dan dia pun ada simpan nombor telefon saya. Dua hari sekali macam tu kami akan bercakap melalui panggilan telefon.

“Zon waktu Malaysia dan Poland beza kira-kira enam jam, jadi biasanya kalau ada benda nak cerita, dia akan mesej beritahu nak ajak berborak.

“Lepas tutup cafe saya akan berjaga dalam pukul 2 pagi untuk bergayut bercakap telefon dengan dia. Dia akan cerita tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dia dan saya akan jadi pendengar setia.

Panggilan video menjadi pengubat rindu.

“Dia akan cerita daripada sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar isu. Cat tumpah dekat baju atau masalah tempat kerja semua dia cerita.

“Dia pun ada tunjuk yang dia pandai masak char kway teow sendiri sekarang, tapi ikut citarasa orang Poland, tak pedas sebab dia tak tahan pedas,” kata Radzi berseloroh.

Radzi memaklumkan Kasia akan kembali semula ke Malaysia pada bulan Julai tahun ini dan mengakui penantian itu satu penyeks4an.

“Kasia cakap dia dah rindu Malaysia, sana Poland suhu negatif. Katanya Malaysia best sebab selalu panas dan boleh keluar bila-bila masa, makanan pun sedap belaka.

“Apabila Kasia datang semula bulan Julai ni, saya nak bawa dia jumpa keluarga. Nak bagi Kasia rasa air tangan masakan mak saya. Mak saya pun dah bagi green light, dia cakap kalau rasa secocok, teruskan.

“Lepas tu saya nak ajak dia kerja sekali di cafe saya, boleh eratkan lagi hubungan kami, saya boleh kenal dia luar dalam. Dan saya nak bawa dia travel satu Malaysia.

“Sementara tu, kami long distance relationship dulu,” kata Radzi mengakhiri bicara.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*