Sibuk Menyanyi Tapi Akademik Tak Tinggal! Zaki Yamani Aim 7A Untuk SPM, Pasang Cita-Cita Jadi Pensyarah

Baru sahaja dinobatkan sebagai juara Famili Duo bersama abangnya, Zaki Yamani,17, tetap utuh dengan pendiriannya mahu berjaya dan seimbang dalam pendidikan.

Memetik laporan Media Hiburan, Zaki kini sedang sibuk tekun mengulang kaji pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Sedar dengan kesibukan sebagai seorang penyanyi dan pelakon, pemilik nama Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas tambahan di pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM (PTTI) sejak penghujung tahun lalu.

Zaki yang juga anak kepada raja pop Malaysia, Jamal Abdullah memberitahu dia menyasarkan 7A dalam SPM akan datang. Namun, dia tetap bersyukur sekiranya tidak mendapat apa yang disasarkan.

“Untuk SPM 2023, saya menyasarkan 7A. InsyaAllah, kalau ada rezeki. Kalau tidak dapat, tak apa. Apa yang penting semua subjek lulus,”ujarnya yang bercita-cita menjadi seorang pensyarah.

Disebabkan itulah dia mengikuti kelas PTTI bagi memantapkan lagi penguasaan lima subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matem4tik dan Sains.

“Saya mengikuti kelas di PTTI sebab mahu memberi fokus pada lima subjek. Ini kerana, saya mahu ‘kejar’ semula pelajaran yang banyak tertinggal ekoran terbabit dengan kerjaya seni.

“Saya fikir, sibuk macam mana pun saya bekerja, pelajaran tetap menjadi keutamaan,”ujar Zaki.

Selain itu, Zaki juga mahu menunjukkan contoh terbaik baik dalam segala hal terutama disiplin dan tingkah laku kepada semua pelajar di PTTI memandangkan dipilih sebagai ikon akademik berkenaan.

“Sejujurnya saya sangat teruja apabila PTTI ambil saya sebagai ikon mereka. Saya tak pernah dapat tawaran macam ini. Jadi, sebagai ikon saya kena buktikan layak digelar ikon.

“Sebab itu saya kena belajar bersungguh-sungguh kerana orang akan berikan perhatian pada kita. Bukan saja pelajaran tapi juga disiplin dan tingkah laku kita. Seperkara yang saya suka di PTTI adalah mereka ajar kita lebih berdisiplin untuk datang ke kelas mengikut jadual ditetapkan,”katanya lagi.

Dalam pada itu, Zaki melu4hkan kesyukuran kerana bertuah dikurniakan rezeki barisan tenaga pengajar yang ‘sporting’ dan banyak membantu termasuk rakan-rakan di situ.

Sementara itu, Zaki menitipkan pesanan buat semua orang terutama golongan selebriti yang masih bersekolah untuk meluangkan masa mencari ilmu tambahan walau sesibuk mana sekalipun.

“Kepada golongan selebriti yang masih bersekolah, sibuk macam mana pun bekerja, kena cari tempat dan luangkan masa untuk menghadiri kelas tambahan atau tusyen untuk ‘cover’ semula apa yang tertinggal di sekolah.

“Selain ada kemahiran dalam bidang seni, perlu juga ada ilmu. Bukan apa, andai suatu hari nanti tidak terbabit dengan bidang seni dan tidak menyambung pelajaran, sekurang-kurangnya kita tetap berilmu,”katanya.

Didoakan agar Zaki dan semua calon SPM 2023 berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan berguna buat masyarakat.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*