“Akak Dah Tak Penting Lagi.” Isteri Redha Suami Balik Rumah Terus Gomol 3 Bulus

Bagi pencinta haiwan, tentu anda tahu bagaimana rasanya apabila membela haiwan peliharaan.

Perasaannya sama seperti menjaga anak. Malah kadang-kala perhatian untuk haiwan belaan lebih tinggi berbanding isteri kerana sifat mereka yang manja dan seperti memahami.

Bagi seorang wanita bernama Zafirah Zainoddin yang kerap memuat naik video mengenai haiwan peliharaannya bersama suami tercinta. Dia yang mempunyai 4 ekor kucing iaitu Army, Navy, Airforce dan Marine namun umur Navy tidak panjang apabila m4ti kerana virus Feline Infectious Peritonotis.

Kesemua nama kucingnya yang mempunyai kaitan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah disebabkan suaminya, Faizul Rashid bertugas sebagai seorang anggota tentera.

Menurut Zafirah, walaupun ramai yang menganggap suami yang bekerja sebagai tentera ini mestilah seorang yang garang, tegas dan serius namun tidak bagi suaminya. Suaminya seorang pencinta kucing. Malah sifat penyayangnya itu menjadikan kucing-kucing ini amat manja dengannya sehingga kini dia jatuh di ranking nombor 2.

“Kalau ‘abah’ (panggilan untuk suaminya) nak pergi kerja, kena c1um, timang-timang dulu.”

Hubungan akrab Army dan suaminya juga membuatkan kucing kesayangan mereka itu sering mencari ‘abahnya’ setiap kali Faizal keluar bertugas.

“Malam-malam nak abah, tidur pun atas dada abah, lepas tu kuat mengadu.”

“Kalau abah dia duty dia cari, dia keluar masuk bilik.. Macam la saya sorok abah dia.”

Bagi Zafirah, kehadiran 3 bulus ini merupakan kurniaan paling istimewa buat dia dan suami memandangkan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.

“Siang dia akan cari mama sebab nak suruh buang t4hi, minta makan sebab memang saya la yang bersihkan tempat makan dan ber4k mereka,” seloroh Zafirah.

“Kalau akak sedih ke, abah dia marah akak ke, Army akan datang dekat akak teman akak seharian. Sama macam arw4h Navy.”

“Dia adalah kurniaan yang teristimewa buat akak dan suami walaupun hanya stray cat. Ramai yang tak percaya masa akak jumpa dia dulu berkurap, kutu dan kurus kering.”

Bercerita mengenai 3 bulus ini lagi, tambah Zafirah..

“Sebelum pergi kerja memang semua akan tunggu depan pintu. Abah kena ambil seekor-seekor dan cium, timang-timang. Kalau abah balik memang tunggu depan pintu. Sampai abah masuk bilik pun, Army masing mengekor minta perhatian.”

Menurut Zafirah, sejak dia memuatnaik video anak-anak bulusnya secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang ingin berjumpa serta ada yang sanggup menawarkan harga tinggi untuk membeli Army.

Namun jelas Zafirah, dia sama sekali tidak akan menjual kucing-kucingnya itu.

“Ada yang tawarkan RM3000 untuk membeli Army tapi memang tak la. Bagi berpuluh ribu pun saya tidak akan jual.”

“Berapa kali orang mesej akak nak jumpa Army sampai sanggup beli karpet-karpet yang saya jual semata nak jumpa Army.

@dcs451

video lama army ..page berani bangk*t media share..kemain yg komen² pun..tp xpelah…army pun dg xde …biar la dorang gelak..sbb dorang x rasa kehilangan yg tersayang…anak mama ni baik² je skng ☺️

♬ original sound – zafirah – zafirah

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*