[VIDEO]”Aku Sungguh Masih Sayang Padamu, Jangan…”- Rindu Puteri Sarah? Syamsul Yusof Throwback Cuti Bersama

Pergol4kan rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertama Puteri Sarah Liyana masih menemui jalan buntu selepas sang isteri memfailkan c3rai pada Januari lalu.

Malah, Syamsul did4kwa banyak melebihkan isteri keduanya, Ira Kazar selepas ketidakhadirannya ketika Puteri Sarah dan anak-anak berangkat ke umrah dipertikai.

Namun, terbaharu Syamsul menerusi akaun TikTok miliknya dilihat memuat naik semula video kenangan ketika bercuti di Jepun bersama Puteri Sarah dan anak pertamanya Syaikhul yang ketika itu masih bayi.

Video berkenaan menunjukkan seolah-olah Syamsul memberi bayangan dia sedang rindukan isteri pertama dan kenangan sewaktu bersama.

Malah lagu Aku Masih Sayang dari kumpulan popular Indonesia ST12 itu telah dimuat naik menjadi muzik latar untuk video tersebut.

“Aku, sungguh masih sayang pada mu, jangan sampai kau meninggalkan aku,” bait-bait dari potongan lagu tersebut yang dimuat naik.

Menerusi video berkenaan Syamsul tengah bergembira di meja makan sebuah restoran di sana sambil anaknya sedang berada di kereta sorong.

Bagaimanapun, Syamsul telah menutup ruangan komen di video TikTok berkenaan yang setakat ini sudah mendapat tanda suka hampir 2,000.

@syamsulyusoffilm

The most beautiful memories

♬ bunyi asal – Syamsulyusoffilm – Syamsulyusoffilm

Terdahulu, nama pelakon Puteri Sarah meniadi perhatian ramai gara-gara kris1s yang melanda dalam rumah tangganya bersama dengan pengarah popular, Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar.

Malah, Puteri Sarah juga telah bernekad dengan memfailkan penc3raian kerana sudah tidak mahu memberi harapan terhadap rumah tangganya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*