“Aloo comel sangat ni,” – [VIDEO] Gelagat kucing ‘sweet’ cvri perhatian ramai

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @fazhanimraznfhr memaparkan dua ekor kucing yang sedang berjalan.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah cara dua ekor kucing berjalan, dimana mereka kelihatan begitu ‘sweet’ kerana berjalan beriringan antara satu sama lain.

“Yang 2 ketol ni terlebih selesa tiap hari jalan terkedek² mcm kembor siam, ikot mami ke kedai cari whiskas tp kedai tutuppp sbb awal pagi lagi ,” tulis @fazhanimraznfhr di ruangan kapsyen.

Video:

@fazhanimraznfhr

Yang 2 ketol ni terlebih selesa tiap hari jalan terkedek² mcm kembor siam, ikot mami ke kedai cari whiskas tp kedai tutuppp sbb awal pagi lagi 😂 #kesayanganmommy #mycat #kabuandoyen #kittensoftiktok #catoftiktok #fyp

♬ original sound – Littleb0o – Littleb0o

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 313.4k tontonan, 51.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: tiktok fazhanimraznfhr

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*