[VIDEO] Mengaku wanita Arab isterinya, telatah Jebat Jayden buat ramai terhibur

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mencvri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengvsik ini.

Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di laman Tiktok @niznm6.

Berdasarkan video yang tular di laman Tiktok itu, Jebat Jayden dilihat berada salah satu tempat di Tanah Suci Mekah dan sedang makan coklat.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat Jayden yang selamba berkata bahawa coklat yang dimakan itu diberi oleh seorang wanita Arab, bahkan dia mengaku bahawa wanita tersebut merupakan isterinya.

“Jangan terkejut tau… jayden ni pepandai jer cakap perempuan arab tu bini dia ahahah… yalla pandai sungguh memilih yang cantik tau..,” tulis @niznm6 di ruangan kapsyen video.

Video:

@niznm6

Jangan terkejut tau… jayden ni pepandai jer cakap perempuan arab tu bini dia ahahah… yalla pandai sungguh memilih yang cantik tau.. #jayden #mekah #jebatjayden #viral #fyp #fyppppp

♬ original sound – Noorintanz – Noorintanz

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 603k tontonan, 50.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat Jayden.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: tiktok @niznm6

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*