Nurul Shuhada masuk hospital, terpaksa buat CT scan kesan punca j4tuh s4kit 

SEMINGGU selepas dic3raikan pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri j4tuh s4kit sehingga terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan pada Khamis.

Berkongsi perkara tersebut, Shuhada, 29, turut memohon maaf kerana terpaksa menangguhkan beberapa urusan berkaitan kerja disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Saya minta maaf sangat sebab tidak dapat beri kerjasama buat masa sekarang. Saya sedang menerima rawatan di hospital,” katanya.

Shuhada memaklumkan perkara tersebut menerusi perkongsian di Instastory miliknya pada Khamis.

shuhada 22

Hafidz melafazkan c3rai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon.

Sementara itu, adik kepada Shuhada iaitu Sofia, 25, pula memaklumkan kakaknya perlu menjalani pemeriksaan CT Scan dan masih belum mengetahui punca sebenar kesihatannya merosot.

Sofia berkata, pihaknya akan memaklumkan keadaan sebenar Shuhada apabila sudah mendapat kepastian selepas pemeriksaan dilakukan.

“Tolong kami beri ruang untuk langkah seterusnya. Kami akan beri kerjasama sepenuhnya,” ujarnya ringkas ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Shuhada turut melu4hkan rasa m4rah terhadap isu orang ketiga dalam rumah tangga dipercayai ada kaitan dengan Athira Yuhada yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Hafidz.

Kata Shuhada, selepas ini dia sendiri akan membuka mulut mengenai isu tersebut dan bukannya daripada orang lain.

“Peny0ndol akan sentiasa peny0ndol. Kali ini saya sendiri yang akan bercakap, bukan lagi dari orang lain selepas saya berc3rai.

shuhada 33

Selasa lalu Shuhada hadir ke mahkamah syariah bagi memfailkan pengesahan lafaz c3rai dibuat Hafdz.

“Semoga Allah ampunkan kau berdua,” tulisnya.

Rabu minggu lalu, Hafidz melafazkan c3rai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.

Shuhada kemudian dilihat hadir ke mahkamah syariah bagi memfailkan proses pengesahan lafaz dibuat Hafidz terhadapnya pada 28 Februari lalu.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umur, 2 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*