Abang kantin tidak berkira murid tidak cukup duit bayar nasi

Sikap seorang peniaga kantin sekolah yang tidak berkira dan membantu murid-murid untuk membeli makanan menyentuh hati ramai pihak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @apex.20 atau mesra dikenali sebagai ‘Abang Kantin’, kelihatan ramai murid-murid sekolah rendah masih tidak tahu membuat pembayaran makanan.

‘Abang Kantin’ kemudiannya membantu murid-murid tersebut yang masih keliru dengan nilai wang kertas dan harga makanan.

Dalam pada itu, gelagat seorang orang budak turut menarik perhatian ramai kerana cuma membawa RM1 walaupun harga makanan RM2.

“Adik ada lagi ke RM1? Kalau tidak ada, tidak mengapa. Ambil dulu makanan ini. Esok cakap dengan ibu ayah bawa RM3 ya, RM1 untuk air, RM2 untuk makanan,” katanya lembut kepada murid itu.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 714,300 tontonan, 43,500 tanda suka, 1,437 perkongsian.

@apex.20

Baru sempat post firstday sekolah

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Menjengah ke ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai yang terharu menonton kebaikkan ‘Abang Kantin’ kerana membantu murid-murid yang memerlukan.

“Tersentuh hati saya tengok adik yang bawa RM1 itu. Mungkin dia dari keluarga yang susah. Teringat waktu kecil dulu. Semoga murah rezeki abang,” komen Nadry Zuman.

“Terima kasih abang sebab jujur dalam berniaga. Budak-budak ini mereka tidak tahu nilai duit, berapa ada dan nak bagi berapa,” komen seorang pengguna.

“Semoga dimurahkan rezeki abang, lembut betul layan budak-budak itu.. syok tengok,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*