Lepas bagi kucing makan baru fikir nak sahur… Suami isteri belum punya zuriat bahagia kongsi rezeki dengan kucing jalanan

TAK rugi kita berkongsi rezeki sesama makhluk Allah.

Demikian kata-kata seorang peniaga dikenali sebagai Asy Mieyra yang aktif menyantuni kucing jalanan di sekitar Pasir Mas, Kelantan sejak tahun 2020.

Menurut wanita itu, dia dan suaminya mula terlibat dalam kerja-kerja kebajikan kerana mempunyai banyak masa terluang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

asy2

Kata wanita itu, kucing-kucing jalanan sudah dianggap seperti anak sendiri.

“Masa tu kami tak ada kerja, baru lepas dibuang kerja. Jadi setiap malam saya dan suami akan pergi ke pasar dekat Pasir Mas, kami tengok kucing-kucing yang kelaparan.

“Dengan duit sendiri, kami mula beli makanan untuk kucing-kucing jalanan. Pada masa tu kami hanya buat secara suka-suka, kini ia menjadi rutin harian.

“Dulu tak banyak kucing. Selepas PKP, bilangannya makin bertambah. Ramai orang buang kucing termasuklah kucing baka parsi,” ded4hnya ketika dihubungi mStar.

Kerap berkongsi mengenai usaha murninya menerusi media sosial, Asy Mieyra berkata dia turut menerima sumbangan daripada orang ramai yang mahu menderma wang serta makanan.

“Ada orang support, bagi makanan dan wang derma. Jadi setiap kali beli makanan, saya akan update resit. Ada orang derma dari semasa ke semasa.

@elsacat33

PARSI BANYAK DIBUANG DI PASAR 😞 Agak terkilan dengan perternak, sstengah para2 breder, yang suka kacuk kucing, yg suka berbaka2, malam ni kami jumpa hampir 4 ekor yang penuh kurap, yang sakit , yang berlendir di mulut, tk sempat kami nk ambk gambar sebab x jinak, dlm keadaan takut2 banyak bulu lebat, mana pemikiran org2 yang membela kucing? Memang bila kucing sakit kena buang dekat pasar ke??? Bila tak cantik buang, dah buruk buang,, tak nak rawat ke?? Sedih tengok nasib kucing2 yang bulu lebat ni, kesian dorg, kenapa buat macam ni? Agak terkilan sangat Malam ni, sayu tengok muka dorg, Bila kesedaran pada yang membela kucing ni nak Mandulkan kucing? Tak haram mandulkan mereka, Hukum harus bagi mengelakkan kucing membiak terlampau Banyak, korang nilai la sendiri, fikir la sendiri, Kalau suruh kami ambik maaf, kami pun byk dah jaga yang sakit, yang parvo, yg sporo, tak mampu dah kami, Doakan kami, kami akan buat permandulan kucing Jalanan, kepada yg nak membantu boleh lah DM kami 🥰 jangan buang kucing 🥴 kucing banyak yang cantik dibuang dekat pasar🥹 Ikhlas kakak (Stray cat pasar ). #Hakhaiwan #sayangidanselamatkanhaiwanjalanan #pasirmas #anakjalanan

♬ bunyi asal – Khairul Izwan – Khairul Izwan

“Selain bagi makan kucing, kami juga rawat kucing-kucing yang s4kit, buat program pemandulan dan kemudiannya membuka adoption untuk orang ramai.

“Alhamdulillah, dengan cara ini, kami dapat mencari pemilik baharu untuk kucing, sekali gus mengurangkan jumlah kucing jalanan di sekitar pasar itu,” ujarnya lagi.

Sepanjang bulan Ramadan kali ini, Asy Miera dan suami turut mengubah jadual lawatan mereka dan mengubahnya kepada pukul 4 pagi sebelum mereka bersahur.

“Biasanya setiap malam kami akan pergi tengok kucing dalam dua jam. Saya juga akan pergi waktu pagi untuk tambah makanan mereka.

asy3

Kucing-kucing ini bukan sahaja diberi makan, malah turut dirawat dan dimandulkan.

“Dalam bulan puasa kali ini, saya dan suami pergi bagi makan kucing dalam pukul 4 pagi. Selepas itu baru kami balik bersahur.

“Kadang-kadang kalau kami tak sempat, adik-adik saya pun akan tolong pergi bagi makan. Malah, kawan-kawan dari Facebook dan TikTok pun pernah ikut kami,” ujarnya lagi.

Menurut Asy Mieyra, dia percaya dengan ketentuan rezeki Allah, malah menganggap kehadiran kucing-kucing itu sebagai rahmat buat dirinya dan suami yang belum dikurniakan cahaya mata.

“Kami suami-isteri tiada anak. Kucing lah anak-anak kami. Dekat rumah pun ada bela 10 ekor. Alhamdulillah, suami pun dah dapat kerja baharu sebagai juruteknik.

asy4

Asy Mieyra harap orang ramai tidak membuang kucing dengan sesuka hati.

“Saya pula sekarang buat bisnes makanan. Rezeki tu walaupun sikit, tapi tetap bertambah, datang perlahan-lahan. Kami yang tumpang rezeki kucing,” ujarnya lagi.

Akhir bicara, Asy Mieyra turut menitipkan pesan agar orang ramai tidak membuang kucing sesuka hati sehingga menyebabkan mereka hidup melarat tak terbela.

“Saya terkilan apabila orang buang kucing. Jangan aniaya kucing. Kalau tak mampu jaga, open for adoption. Kat pasar tu bukan dapat makan hari-hari. Lepas tu kena sepak terajang lagi.

“Kucing pun layak dapat kasih sayang kita. Saya harap orang ramai tak buang kucing. Saya juga berharap pusat perlindungan kucing dapat ditubuhkan di Kelantan suatu hari nanti,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*