[VIDEO] Anak buat kejutan hadiahkan kereta baharu, reaksi bapa buat ramai seb4k

Jasa ibu bapa tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa ibu bapa, pasti ia takkan terbalas. Lebih dari buih-buih di lautan, begitu banyaknya jasa mereka terhadap kita.

Namun mungkin kita sebagai seorang anak boleh ikhtiarkan sesuatu bagi memudahkan urusan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Sama juga seperti lelaki ini yang baru-baru ini tular di laman Tiktok kerana difahamkan telah memberi hadiah kepada bapanya berupa sebuah kereta.

Berdasarkan video yang tular di laman Tiktok @alyyaaqira, pemilik video dan adik beradiknya dilihat bersalam salaman dan menyerahkan satu kunci kereta kepada bapanya.

Setelah menerima kunci dan melihat kereta tersebut, bapa kepada pemilik video dilihat sebak, sambil memelvk mereka adik beradik sambil mengalirkan air mata.

Video:

@alyyaaqira

Alhamdulillah. Hadiah untuk ma dan abah dari kami ank ankmu 🤍 bsar pngorbanan ma abh bsarkn kami adik beradik shingga berjaya sampai ketahap ni 🥰

♬ original sound – Alyaa – Alyaa

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 36.5k tontonan, 1.2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji dan mendoakan supaya pemilik video supaya sentiasa dimurahkan rezeki.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok alyyaaqira

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*