“Sejak awak usia 13 tahun…,” – Sweetnya ucapan hari lahir dari Ajak Shiro buat isteri tercinta

Selebriti Ajak Shiro meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta iaitu Nur Afifah.

Menerusi laman sosial Instagram, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi bin Razak memuat naik satu video sambutan hari lahir bersama isteri dan anak tercinta untuk tatapan umum.

Menurut Ajak, dia tidak pernah jemu untuk melihat isterinya itu tersenyum sejak berumur 13 tahun lagi, malah Ajak juga berterima kasih kerana Afifah kerana selalu menyantuni, menjaga makanan dan pakaian, menjaga tingkah laku dan menjaga hatinya.

Ajak juga berharap agar isterinya itu sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T, diberikan kesihatan dan sentiasa dimurahkan rezeki.

”Tadi bintang bisik dekat saya, dia cemburu..Katanya awak lebih bersinar dari dia.

“Sejak awak usia 13 tahun sampai la sekarang ni, sy xjemu tengok awak senyum tau Cikgu Pipah. Terima kasih kerana selalu menyantuni saya, jaga makan pakai saya, jaga tingkah saya, jaga hati saya..Semoga Allah terus menjaga Bidadari saya..diberikan kesihatan,dan rezeki buat kamu sayang.

“Selamat Hari Lahir Love,” tulis Ajak di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat ribuan tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Fasha Sandha.

Untuk info, Ajak dan Nur Afifah berkahwin pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram ajakshiro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*