[VIDEO] Kucing lompat, panjat badan imam di Algeria

Seekor kucing melompat pada jubah seorang imam ketika solat Tarawih di sebuah masjid di Bordj Bou Arreridj, Algeria pada Isnin lalu, lapor portal berita Insider hari ini.

Kucing itu pada mulanya, muncul di bahagian kanan iman berkenaan, Walid Mehsas ketika dia membacakan surah al-Fatihah dan mengiau sebelum memanjat jubah Walid, seolah-olah bagi memberitahu tentang kehadirannya.

Kucing itu kemudian beralih dan berlegar-legar di tepi perabot dekat bahagian kanan imam tersebut dan satu ketika memasuki bawah jubah imam yang sedang berdiri itu.

Ia kemudian melompat ke bahagian dada imam berkenaan. Walid cuba memegang kucing dengan tangan kanannya sebelum kedua-dua tangannya memegang haiwan itu.

Kucing itu kemudian melepaskan diri dan memanjat bahu imam tersebut. Ia juga cuba menjilat pipi Walid sebelum ia melompat turun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bisu Tapi Hebat (@president_republic_oyen)


Video itu kemudian dikongsi di laman Twitter oleh seorang pengguna bernama Alateeqi dan ia menerima pelbagai komen daripada netizen seperti ada yang menganggapnya sangat lucu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*