Puteri Sarah, Syamsul sempat berbuka puasa bersama… Setuju cerai tanpa pergaduhan malah hubungan lebih baik sebagai kawan

PELAKON Puteri Sarah Liyana kini lebih tenang selepas dia dan suami, Syamsul Yusof akhirnya mencapai kata sepakat membawa haluan masing-masing selepas lebih empat tahun rumah tangga mereka bermasalah.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, berkata, persetujuan itu dicapai dalam keadaan tenang ketika mereka berjumpa dan berbuka puasa bersama pada Ahad.

“Alhamdulillah keberkatan Ramadan. Semuanya dipermudahkan. Kami dah berbincang dan mencapai kata sepakat malah Syamsul setuju dengan semua terma yang saya mahukan.

“Saya rasa lebih tenang dan boleh fikir meneruskan kehidupan. Selama ini pun saya hanya mahu kes kami selesai,” katanya kepada pemberita.

syamsul 2

Syamsul akhirnya setuju melepaskan isteri pertamanya.

Puteri Sarah mengulas mengenai perkara itu ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin bagi mendengar keputusan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 24 Mac lalu.

Pertemuan di antara mereka juga menutup semua persoalan berhubung perkahwinan mereka memandangkan Syamsul sebelum ini enggan melafazkah cerai terhadap Puteri Sarah.

Tambah pelakon itu, dia sendiri tidak menyangka hatinya terbuka untuk bertemu dengan suaminya itu dan menyifatkan keberkatan bulan mulia telah membuka hatinya.

“Saya pun tak tahu apa yang membuka hati untuk berjumpa Syamsul semalam. Bagi saya mungkin dengan berjumpa kami boleh selesaikan semua masalah termasuk hal berkaitan penjagaan anak dah nafkah,” ujanya.

Sementara itu, Puteri Sarah menegaskan meskipun sudah bercerai nanti, dia tidak akan bermusuhan dengan Syamsul dan mahu mengekalkan hubungan baik demi dua anak mereka.

Katanya lagi, pada pertemuan itu juga, Syamsul akan menarik balik kes nusyuz yang difailkan terhadapnya pada 21 Mac lalu.

“Syamsul akan tarik semula ke nusyuz. Hal berkaitan hak penjagaan anak pula akan direkodkan dalam sebutan pada 18 April nanti.

sarah 2

Puteri Sarah bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

“Kami (akan) berpisah dengan tenang dan tiada permusuhan. Kami kekal sebagai kawan demi anak-anak. Jumpa Syamsul semalam pun kami tidak bergaduh,” jelasnya.

Tambahnya, keluarga kedua-dua belah pihak turut menerima baik keputusan yang dibuat mereka.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand yang berwakil walikan bapanya, aktor Kazar Saisi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*