(Video) “Dah besar Kikim, makin hensem dia…” Perkongsian Sambutan Hari Lahir Anak Lelaki Memey Suhaiza Tarik Perhatian Ramai

Tanggal 9 April merupakan hari ulangtahun kelahiran anak kedua bagi pasangan selebriti Nroman Hakim dan Memey Suhaiza iaitu Muhammad Dikhriz Hakim yang ke lapan tahun.

Bagi meraikan hari kelahiran anak kedua mereka, Memey dan Norman mengadakan sambutan kecil – kecilan, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dengan baju serba putih serta tudung sedondon.

Perkongsian kemeriahan sambutan tersebut dapat dilihat menerusi laman Instagram Memey dan Norman dengan sesi bacaan Yasin dan solat hajat untuk anak mereka.

Selain daripada itu, mereka sekeluarga turut mengadakan sesi pembahagian hadian untuk anak lelaki mereka Dikhriz atau mesra dipanggil Kikim.

Dalam pada itu, Memey turut menitipkan ucapan untuk anak lelakinya selain mendoakan kesejahteraan dan kejayaan buat anak lelakinya.

“Selamat hari Lahir kesayangan mummy papa. Alhamdulillah kikim dah masuk 8 tahun…Dia paling exc1ted bangun pagi ni & ingatkan semua org yg hari ni birthday dia.Alahai anak bertuah.. mana mungkin mummy lvpa tarikh istimewa yg akn selalu terpah4t di hati mummy.

“Terima kasih jadi anak yg baik.. Mummy papa doakan kikim membesar sentiasa dlm rahmat , lindungan & bimbingan Allah. Terus mmbesar mnjadi anak baik, soleh yg mmberi banyak manfaat pd org lain, yg sihat, berjaya dunia akh1rat. We love u so much sayang, doakan kikim juga ye.

“Ps: alhamdulilah utk majlis kecil2 an.. terima kasih kesayangan kami yg selalu ada bersama, semoga kita semua trs berkasih sayang kerana Allah.. Love u all,” titip Memey panjang lebar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)


Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut menitipkan ucapan hari lahir serta memuji kehenseman wajah anak pasangan selebriti ini.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://beritaawani.com/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*