[VIDEO] “Biarlah Apa Orang Nak Kata…” Hidayah Bawa Hamzah Berubat, Ikhtiar Mandi Di Telaga Tok Sheikh

Balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali sanggup membawa anaknya, Hamzah ke puncak Gunung Jerai, Kedah sebagai ikthiar merawat anak lelakinya yang didakwa terkena sihir.

Hidayah berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Menurut Hidayah, kunjungan ke Gunung Jerai adalah bertujuan untuk memandikan Hamzah atau nama sebenarnya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey di Telaga Tok Sheikh sebagai salah satu inisiatif untuk melihat anak kesayangannya itu kembali sihat.

“Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh. Semoga anak ibu kembali sihat seperti sedia kala. Amin. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kita semua,” katanya.

Dalam hantaran itu, Hidayah juga memaklumkan akan mencuba yang terbaik demi melihat anak lelakinya itu kembali sihat seperti biasa.

“Ibu akan buat yang terbaik untuk anak ibu. Biarlah apa orang-orang nak kata. Hanya Allah yang mengetahui semua ini.

“Sebab mereka tak pernah rasa apa yang kita rasa selama ini. Dari anak ibu waktu kecil sampai sekarang.

“Itu sebab ibu tak pernah nak letak video atau gambar anak ibu, ibu tahu setiap kali ibu post gambar atau pun video pasti malam akan terjadi sesuatu,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Terdahulu, Hidayah mendakwa dirinya terkena perbuatan sihir sejak Abam meninggal dunia.

Tidak hanya dirinya, Hidayah juga mengatakan perbuatan sihir itu turut terkena kepada anaknya sejak bayi.

Disebabkan itu dia memohon bantuan orang ramai agar dapat mencari pakar perubatan Islam untuk merawat mereka.

Untuk rekod Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*