[VIDEO] Gaya Cik B Meng*njing DSV Buat Netizen Gelak! – “Jarang Orang Nak Bahan Mak Sendiri” – XTRA

Penyanyi dan juga anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuit hati ramai selepas memuat naik video di laman TikTok miliknya pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di platform berkenaan, Cik B kelihatan sedang berbaring sambil mencuba filter ‘Ducky Lips’ sebelum meletakkan kedua jarinya ditepi bibir seolah-olah mengejek ibunya sendiri.

“Teringat dekat someone. Haha!,” katanya.

VIDEO;

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Cik B terhibur melihat gelagatnya itu dan faham sekiranya video tersebut dibuat hanyalah sekadar untuk hiburan semata-mata.

Malah, ada yang menyifatkan tindakan Cik B sebagai sangat ‘rare’ dek kerana selamba mempersendakan ibunya.

“Kenapa dalam video tu bila aku tengok Cik B gelak, yang dengar suara Datuk Vida.

“Jarang orang nak bahan mak sendiri. Cik B ni kelakar lah.

“Mak dia juga yang kena.

“Qu putih, Qu putih, barulah putih.

“Aku rasa tak duduk serumah dah kat rumah dengan mak diakalau mak dia tengok. Cik B… Cik B,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 500,000 tontonan dan lebih 49,000 tanda suka beserta komen dari netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://www.xtra.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*