“Aku terima nikah Muhammad…” – Pengantin gemuruh lupa bakal isteri, tiba-tiba sebut nama lelaki masa akad… Nasib baik mentua ‘cool’

SUASANA sunyi sebuah majlis pernikahan bertukar gamat gara-gara pengantin lelaki.

“Aku terima nikah… Muhammad,” kata si pengantin sebelum berhenti meneruskan lafaz akadnya.

Dia mencetuskan suasana gamat apabila tersasul menyebut nama seorang lelaki dan bukannya pengantin perempuan.

Berkongsi momen lucu itu, pengantin lelaki Mohamad Haider Haludin berkata, kejadian berlaku ketika majlis pernikahannya di Masjid Jeram di Kuala Selangor, Selangor pada 25 Februari lalu.

Menurut pemuda berusia 24 tahun itu, dia mengakui sudah berlatih melafazkan akad nikah beberapa kali sebelum majlis pada hari tersebut namun segalanya berlaku diluar kawalan.

“Saya berlatih beberapa kali untuk bersedia melakukannya. Sejujurnya perasaan saya pada waktu itu sangat gementar dan berdebar-debar.

“Mungkin kerana terlalu fokus dan berdebar membuatkan saya terlafazkan nama bapa mentua dahulu sebelum menyebut nama pasangan saya,” katanya kepada mStar.

Haider malu menjadi perhatian ramai ketika majlis akad nikah.

Ujar Haider yang merupakan seorang pemalu, situasi pada ketika itu mencetuskan rasa berdebar apabila dia menjadi perhatian ramai tetamu yang hadir.

“Sudahlah pemalu, lebih-lebih berkumpul ramai-ramai tu. Kemudian jadi tumpuan pula, memang semakin berdebarlah.

“Sebenarnya saya fokus untuk lafaz nama pasangan tapi masa nak lafaz tu tiba-tiba sebut dulu nama ayah pengantin perempuan. Mujur bapa mentua okay, dia cool saja,” ujarnya yang turut berasal dari Kuala Selangor.

pengantin tersasul 4

Haider (kiri) dan Nurul Fatini selamat diijabkabulkan dengan tiga kali lafaz.

Selepas menyedari kesilapan itu, dia dan ahli keluarga diminta untuk bertenang selama 5 hingga 10 minit.

“Tok kadi minta saya untuk beristighfar sebelum meneruskan akad nikah. Alhamdulillah, saya sah bergelar suami dengan tiga kali lafaz.

Kenangan manis buat kami sekeluarga apabila saat yang mendebarkan bertukar lucu.

MOHAMAD HAIDER HALUDIN

PENGANTIN LELAKI

“Tersilap sebut nama ‘Muhammad’ tu sewaktu lafaz kedua. Kali pertama salah semasa bapa mentua melafazkan ijab. Nampaknya saya dan bapa mentua sama-sama gementar.

“Sebaik dikata ‘sah’, saya terkejut dan pada masanya berasa lega kerana masih tak percaya yang saya sudah bergelar suami,” katanya lagi.

Pasangan ini mula mengenai sejak di bangku sekolah.

Mula berkenalan sejak di bangku sekolah dan kembali berhubung pada pertengahan 2022, pekerja swasta itu menyifatkan keperibadian isterinya, Nurul Fatini Mohd Idris, 24, yang ceria dan penyabar berjaya memikat hatinya.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebagai suami, saya kini mahu mengutamakan keluarga dan berusaha untuk menjadi yang terbaik buat isteri,” katanya.

Mengimbas kembali insiden lucu tersebut, Haidir menjelaskan bahawa ia akan menjadi satu kenangan yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

“Kenangan manis buat kami sekeluarga apabila saat yang mendebarkan bertukar lucu,” katanya yang bercuti bulan madu bersama isteri di Melaka dan Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*