Rantai emas anak lesap sekelip mata, video tunjuk ada wanita pot0ng dari belakang – “Cepat betul dia buat kerja, memang pro la”

VIDEO memaparkan seorang wanita yang didakwa mencuri rantai emas milik seorang kanak-kanak tular di aplikasi TikTok sejak awal pagi Ahad.

Menerusi video berkenaan, rantai yang dipakai pada leher kanak-kanak itu dilihat lesap dalam sekelip mata, dipercayai dipotong oleh wanita yang berada di belakangnya.

VIDEO;

@utusantvofficial

Hati² semua. 📍Shah Alam. 📽_cheykaa. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #ragut #rantaileher

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Cheykaa, kejadian berlaku ketika mangsa dan keluarganya menghadiri sebuah karnival yang sedang berlangsung di Shah Alam, Selangor.

curi2

Wanita itu tidak mengaku biarpun diasak oleh keluarga mangsa.

“Peringatan untuk saya dan orang lain. Hati-hati yang pakai gelang emas atau rantai emas. Sekarang kes macam ni dah banyak berlaku.

“Saya kena dekat Jom Heboh Shah Alam. Anak buah saya (dalam video) pakai baju warna hitam. Makcik belakang potong rantai terus hilang,” tulisnya menerusi kapsyen video.

Sehingga kini, video berkenaan meraih 2.2 juta tontonan menerusi aplikasi TikTok.

Makcik belakang potong rantai terus hilang.

CHEYKAA

Dalam video itu, pelaku mengenakan tudung berwarna coklat dan memakai pelitup muka.

Menerusi video kedua, Cheykaa turut berkongsi suasana tegang ketika keluarganya berdepan dengan pelaku sambil disaksikan beberapa pegawai polis.

Namun, wanita itu gagal menunjukkan sebarang rantai emas di dalam beg miliknya dan menafikan tuduhan yang dibuat ke atasnya.

“Tak mengaku dia ambil. Putar belit cerita habis. Rantai dia dah pass kat mak dia. Dalam beg tak ada rantai.

“Sampai ke balai mak dia tak datang juga, Call semua tak angkat. Kes dalam proses lagi. Doakan anak buah saya ada rezeki,” tulisnya.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa geram atas kejadian itu dan berharap rantai emas kanak-kanak berkenaan dapat dikembalikan.

“Cepat betul dia buat kerja, memang pro la.

curi3

Komen netizen di TikTok berhubung kejadian itu.

“Nasib baik terakam (video) macam ni. Kalau tak mesti fikir jatuh merata-rata.

“Cepat betul dia buat kerja. Tapi Allah nak bagi nampak juga siap ada bukti terang lagi.

“Sekali pusing je eh dia buat kerja. Mesti dah lama buat kerja ni,” tulis beberapa netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*