‘Tindakan pemandu Myvi itu ancam keselamatan kami sekeluarga!’ – Pemandu Persona tampil pertahankan diri

“Saya hendak memotong sebuah kereta yang berada di hadapan saya, namun tidak dapat,” demikian kata pemandu Myvi biru yang kepalanya ditunjal oleh seorang lelaki dalam video tular di media sosial kelmarin.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Amiera, berusia 24 berasal dari Puncak Alam itu berkata, lelaki itu juga menunjukkan isyarat lucah terhadapnya.

Suspek tunjuk isyarat luc4h

“Pemandu berkenaan telah menunjukkan isyarat lucah. Pemandu itu turun dari kenderaannya dan mengetuk tingkap kereta.

“Apabila saya buka tingkap, dia telah memarahi saya dan secara tiba-tiba memukul kepala saya. Dia juga mengugut saya dan mahu memukul adik saya,” katanya dalam laporan polis yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan tampil membuat laporan polis untuk mempertahankan dirinya daripada terus dikecam netizen dan menjelaskan punca sebenar kejadian yang mendorongnya bertindak di luar jangkaan.

VIDEO;

Myvi potong tak lepas, himpit kenderaan di hadapan

“Posting tersebut telah viral dan mengundang banyak komen negatif daripada netizen. Sedangkan video yang dirakam hanya separuh.

“Untuk makluman, kejadian berlaku semasa saya dalam perjalanan turun dari Cameron Highland ke Tapah dan kejadian berlaku 3 kilometer sebelum sampai ke Lata Iskandar apabila kereta Myvi yang dipandu oleh wanita berkenaan memotong kereta saya.

“Ketika itu, terdapat sebuah kenderaan dari arah bertentangan. Apabila kereta Myvi tidak berjaya memotong, kenderaan di bahagian bertentangan serta saya telah membrek secara mengejut. Myvi itu telah menghimpit kereta saya sehingga menyebabkan saya terpaksa menghimpit ke tepi jalan.

Tindakan pemandu Myvi ancam keselamatan orang lain

“Saya kemudian meneruskan perjalanan sehingga ke Lata Iskandar dan memberhentikan kereta dan turun berjumpa dengan pemandu Myvi itu.

“Untuk makluman, dalam kereta saya juga ada anak berusia dua tahun dan isteri saya sedang sarat hamil lapan bulan. Tindakan pemandu Myvi itu mengancam nyawa kami sekeluarga memandangkan jalan di Cameron Highland tidak sesuai untuk memotong kerana jalannya kecil, berliku, juram. Pada masa kejadian, terdapat kenderaan dari arah bertentangan,” katanya.

Lelaki berkenaan kesal dengan tindakan pemandu Myvi menularkan video tersebut tanpa menjelaskan situasi sebenar yang berlaku. Beliau juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menularkan video tersebut.

“Saya nak berjumpa dengan individu yang viralkan video tersebut. Jika gagal selesaikan hal ini, saya akan ambil tindakan undang-undang,” tegasnya.

Sumber: Telegram Info Semasa (berdasarkan laporan polis kedua-dua belah pihak)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://thereporter.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*