[VIDEO] Ada Penari Gelek, Netizen Tegur Majlis Berinai Watie Shuib, “Lepas Ngaji Be Like”

Umum sedia maklum, pasangan merpati dua sejoli Shuib dan Watie tak lama lagi akan disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Sudah tentunya, ada beberapa majlis yang diadakan sebelum menanti hari bahagia mereka dinikahkan. Terbaru, tular di media sosial rakaman video memaparkan sekitar majlis berinai pasangan tersebut.

Fuh memang meriah habis, siap ada penari bertemakan Arabian Night. Watie pula ceria memakai pakaian berwarna shocking pink!

VIDEO;

@akakpelamin

Meriah nyaaa😍😍 Merpati dua sejoli … #WeddingDay #WatiForShuib

♬ شكد حلو – اصيل هميم

Memetik laporan Gempak, majlis berinai sebegitu merupakan impian Watie sebelum bergelar isteri. Ianya diadakan 10 hari sebelum majlis nikah mengikut kelapangan tunangnya, Shuib.

Saya suka dengan tema negara Arab ni kerana ia lebih meriah lebih-lebih lagi dapat diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Dalam video rakaman, kelihatan Watie duduk di atas pelamin gah sambil jari jemarinya diinaikan dan penari mempersembahkan tarian.

Di pertengahan acara, Shuib bersama anak-anak serta ibunya turut hadir memeriahkan majlis. Difahamkan, Majlis Khatam al-Quran juga telah diadakan petang semalam.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Ada yang menegur majlis berinai mereka terlalu ‘over’ kerana turut diselitkan dengan tarian gelek. Tak kurang juga yang sedih mengenangkan Allahyarham Siti Sarah.

Kredit: TikTok @akakpelamin | Gempak / Oh!Media.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*