Tahniah! Juliana Evans selamat bersalin bayi perempuan

PELAKON Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Sabtu.

Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans, 34, memaklumkan berita gembira itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

juliana1 - 1

Juliana teruja menyambut kelahiran anak kedua.

Pelakon filem Mael Lambong itu turut melahirkan rasa syukur dan berkongsi rasa teruja di atas kelahiran cahaya mata keduanya.

“Kelahiran adalah permulaan paling mendalam dalam jiwa rohani dimiliki oleh seorang wanita.

“Alhamdulillah, saya kini seorang ibu kepada dua orang anak,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Juliana turut berkongsi wajah bayi perempuannya itu buat tatapan pengikutnya di laman sosial.

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017.

Tengku Shariffuddin Shah merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor.

Pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*