[Vide0] Lelaki tanpa kepala muncul di puncak gunung, cerita sebenar buat ramai meremang!

PENGEMBARAAN untuk mendaki gunung bertukar mistik apabila muncul entiti mengerikan dalam sebuah video.

Entiti tersebut menyerupai seorang individu lelaki yang sepertinya tidak mempunyai kepala.

Video yang menjadi tular dalam kalangan warga maya Indonesia itu dipercayai dirakam di puncak Gunung Welirang.

Gunung Welirang merupakan gunung berapi aktif dengan ketinggian 3,156 meter dari aras laut yang terletak di Mojokerto, Indonesia.

Video yang dikongsikan di Instagram itu menunjukkan sepintas lalu kelibat seorang lelaki berbaju lengan pendek, ia berbeza dengan pendaki lain kerana mereka memakai pakaian tebal dek cuaca sejuk di puncak.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fakta Surabaya | Berita Surabaya (@fakta.suroboyo)

Lebih menyeramkan, kumpulan pendaki itu sepertinya tidak menyedari langsung akan kehadiran lembaga lelaki tanpa kepala tersebut yang berdiri berdekatan dengan mereka.

Kumpulan pendaki yang berada di tempat kejadian dilihat sedang asyik merakam suasana dan pemandangan yang dilitupi kabus tebal.

Warga maya menunjukkan kelibat misteri yang menceroboh masuk ke dalam gambarnya di Gunung Welirang.

Seorang warga maya pula mengatakan dia pernah menjejakkan kaki ke puncak Gunung Welirang dan mengakui tempat itu mempunyai aura yang menyeramkan.

“Welirang memang ‘keras’, ada sekali pergi Welirang tahun 2019. Tapi tak terasa sangat la, waktu naik tu kami semua ambil video untuk kenang-kenangan.

“Tiba-tiba ada seorang lelaki ni badan dia macam terbakar dan hangus lalu dekat belakang kami dalam gambar, memang tak perasan pun ada orang lain waktu dekat atas tu,” katanya.

Warga maya lain pula cuba merungkai penjelasan di sebaliknya dan merangka teori tentang apa sebenarnya yang berlaku.

“Sekiranya lelaki itu menundukkan kepalanya, pasti ia boleh dilihat kerana keadaannya yang menghala ke arah kamera. Ini sesuatu yang mistik dan tidak mempunyai penjelasan saintifik.

“Saya rasa itu ialah susuk manusia sebenar yang sedang menundukkan kepalanya, mungkin tak berapa jelas kepalanya kerana keadaan kabus yang tebal.

“Itu orang biasa la, member pakai topi hitam, tengah hadap kamera sambil tunduk, boleh tengok ke mana arah tapak kaki dia menghala. Ilusi optik, itu yang nampak macam tak ada kepala,” kata warga maya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*