Shuib, Watie bertaut kasih dengan sekali lafaz

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib akhirnya bergelar suami kepada Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, dengan sekali lafaz.

Akad nikah selamat disempurnakan pada pukul 8.47 malam Jumaat.

Dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam itu, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, dinikahkan oleh abang kandung Watie, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Zubairi Ghazali.

Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 dan wang hantaran pula dirahsiakan.

Shuib dan Watie kini bergelar pasangan suami isteri.

Pada majlis tersebut juga pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.

Pasangan ini tampil anggun dan bergaya dalam persalinan rekaan Fizi Woo.

Majlis mereka ini turut mendapat tajaan bernilai RM1.7 juta termasuk barangan kemas.

Shuib dan Watie sebelum ini melangsungkan pertunangan pada 6 Mei lalu di Shah Alam dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas pemergian isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan c0v1d-i9.

Hasil perkahwinan sebelum ini Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq m4tin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*