[VIDEO] Netizen Terubat Rindu Lihat Wajah Tular Kanak-Kanak Perempuan Mirip Arwah Siti Sarah

 

Tular baru-baru ini video seorang kanak-kanak yang dikatakan bagai pelanduk dua serupa dengan penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

‘Sebak hati’

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berbaju oren dan berhijab yang dikatakan wajahnya saling tak tumpah seperti arwah Siti Sarah terutama pada senyuman manisnya.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut tidak diketahui identitinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak dan apabila mereka melihat rupa kanak-kanak tersebut sedikit sebanyak telah terubat kerinduan terhadap pelantun lagu Kesetiaan itu.

Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus c0v1d-i9 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki iaitu Ayash Affan ketika kandungannya berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

VIDEO;

@dayanaramli_

adik ni seiras arwah Siti Sarah ..akk pinjam video ni ya dik ..sape kenal tag ya #fypppppppppp #fypシ

♬ SARAH_Kesetiaan – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*