[VIDEO] ‘Insya-Allah I Akan Cuba Sehabis Baik Bersihkan Nama You Sayang’ – Shuib

 

Seperti yang diketahui ramai, pelawak terkenal Shuib Sepahtu terpalit dengan satu kontroversi apabila difitnah menjadi salah seorang ahli Freemason sehinggakan didakwa mempunyai kaitan dengan kem4tian arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah.

‘Orang cakap macam-macam’

Terbaharu, Shuib tampil memuat naik video memaparkan momen arwah Siti Sarah berpelukan dengan anak-anak sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) serta ketika perjalanan ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor.

Menerusi video tersebut, bapa kepada empat orang anak itu berjanji akan mencuba sedaya upaya membersihkan nama baik arwah isterinya itu.

Shuib juga memohon maaf kepada arwah Siti Sarah selepas sering menjadi mangsa fitnah oleh segelintir netizen sejak kebelakangan ini.

I minta maaf sayang, orang cakap macam-macam tentang you. Orang fitnah you tentang perkara yang langsung tak masuk akal.

Insya-Allah I akan cuba sehabis baik untuk bersihkan nama you sayang.

Di akhir hantarannya itu, Shuib mendedahkan dia begitu yakin bahawa Allah S.W.T akan sentiasa bersamanya sekeluarga.

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan kepada Shuib untuk terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian kehidupan.

Ada juga dalam kalangan wargamaya yang menyuarakan kerinduan mereka terhadap arwah Siti Sarah selepas melihat beberapa momen yang dikongsikan Shuib.

Terdahulu, Shuib menjadi bualan ramai apabila berita fitnah yang mendakwanya menjadi ahli Freemason tersebar luas di media sosial.

Shuib kemudiannya telah pun berjumpa dan memaafkan salah seorang daripada dua netizen yang telah menulis kenyataan fitnah mengenai kem4tian arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah.

VIDEO;

@shuibsepahtu

I minta maaf sayang,,Orang cakap mcm2 tentang U,Orang Fitnah U tentang perkara yg langsung tak masok akal.InsyaAllah I akan cuba sehabis baik utk bersihkan nama U Sayang.Allah maha hebat,Allah akan ade sentiasa bersama kita.Doakan I dr sana 🙏 Al Fatihah Buat Siti Sarah Bt Raissuddin

♬ original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*