Kalau cinta ditolak Inspektor Sheila, Iqbal Zulkefli mahu pergi berubat dan mandi bunga

PEMPENGARUH media sosial dan usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli belum berputus asa mahu menawan hati Inspektor Sheila selepas anggota polis itu melahirkan rasa hairan mengenai hasratnya itu.

Iqbal, 29, berkata, dia juga sanggup untuk mandi bunga dan ‘berubat’ sekiranya cintanya sekali lagi ditolak oleh wanita yang mendapat perhatiannya.

“Kalau kali ini ditendang lagi, agaknya saya perlu pergi berubat dan mandi bunga,” katanya menerusi komen di ruang komen hantaran artikel berhubung Sheila di Facebook.

ssss

Sheila kini menjadi perhatian ramai.

Sebelum ini, Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, meluahkan rasa pelik selepas terbaca luahan Iqbal menerusi temu bual bersama mStar meluahkan hasrat untuk berkenalan lebih dekat dengannya.

Sheila turut tertanya-tanya mengapa dia menjadi pilihan usahawan itu memandangkan Iqbal berkulit putih manakala dia pula berkulit hitam.

Wanita itu juga memberitahu tidak mengenali Iqbal secara peribadi namun pernah terbaca kisahnya bersama usahawan sensasi Datuk Seri Vida.

Pada Selasa, Iqbal ketika dihubungi mStar memaklumkan Inspektor Sheila mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang membuatkan hatinya tertarik.

Menurutnya, dia juga kini masih kesunyian dan tiada kekasih, jadi tidak salah sekiranya mahu mencuba nasib untuk mencari teman hidup.

iqbal1 - 1

Iqbal mahu terus menawan hati Sheila.

“Sejak nama dia jadi viral saya juga melihat perkongsiannya di media sosial. Saya jadi tertarik dengannya. Ramai yang bercakap tidak elok tentang dia, itu yang buat saya sedih.

“Saya sukakan wanita yang garang… lagi garang, lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seorang yang manja,” ujarnya.

Pada September 2021, Iqbal pernah memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama Vida atau Hasmiza Othman, 52.

Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian apabila hubungan mereka tidak mendapat restu oleh anak Vida iaitu Cik B atau Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 18.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*