Ustaz Kazim Elias dedah pelawak terkenal biaya bil surau, masjid kampung

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mendedahkan kebaikan seorang pelakon dan pelawak terkenal yang rajin bersedekah tetapi tidak diwar-warkan.

Pelakon dan pelawak yang berasal dari Johor dan sudah berkecimpung dalam industri seni selama 15 hingga 20 tahun itu dikatakan membiayai segala bil di masjid dan surau di kampungnya.

Menurut Ustaz Kazim, semasa menyampaikan ceramah, kebaikan pelawak ini didedahkan sendiri oleh jiran ibu dan bapa selebriti tersebut.

“Saya bersembang dengan orang Johor pagi tadi. Dia cerita jiran dia ini ada sebuah kedai makan. Anak kepada jiran dia ni pula seorang pelakon dan pelawak terkenal.

“Dia kata, ‘ustaz tahu tak pelakon dan pelawak anak mereka ini, segala bil masjid dan surau dalam kampung semua dia bayar,” katanya.

Bukan itu sahaja, selebriti tersebut turut dikatakan tidak membenarkan ibu dan bapanya terus berniaga tetapi mereka enggan kerana memikirkan periuk nasi pekerja.

“Anak mereka tak bagi mereka meniaga dah sebab anak bagi duit tiap-tiap bulan. Tapi mak dia nak meniaga juga sebab ada pekerja.

“Kalau dia tutup mereka ni susah. Jadi dia tetap buka kedai makan, bila orang datang beli tapi tak ada duit mereka bagi percuma,” ujarnya.

Menerusi tinjauan Di ruangan komen mendapati, rata-rata orang ramai mendakwa selebriti tersebut ialah Jep Sepahtu berdasarkan beberapa kriteria yang dijelaskan.

Ramai teka Jep Sepahtu

“Jep ni, sebab ada orang kampung Sari Yanti bagitahu juga Jep ni suka bersedekah. Mak Jep pun ada kedai makan dekat Terminal Kulai,” kata Shahidah.

“Jep ni. Sebab dia memang suka sedekah sebab pernah dengar dia bantu sahabat dia dalam kesusahan sedih dengar sahabat dia cerita dalam program televisyen,” ciap Umi Khalsom Ahmad.

VIDEO;

@firdaus62056

Allah sayang kepada orang yg suka bersedekah. Semoga perkongsiaan ini memberi seribu manfaat kepada siapa yg mendengarnya. #fypage #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo #dakwah_islam #dakwah #dakwahtiktok #5millionviews #fypシ゚viral

♬ 孤独的牧羊人排箫演奏 – 骆礼钧

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :– KOSMO! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*