Suami tawar RM500 minta orang ramai jejak sampai dapat doktor cur4ng dengan isteri di Madinah

SEORANG lelaki dari Sabah menjadi perhatian netizen selepas memb0ngkar perbuatan cur4ng membabitkan isterinya dengan suami orang ketika sama-sama berkhidmat di Makkah, tahun lalu.

Menerusi pendedahan di Facebook, si suami berkongsi bukti lebih 20 tangkap layar mesej perbualan antara isterinya dengan individu bergelar doktor itu.

Berdasarkan perbualan di aplikasi WhatsApp itu, si doktor dilihat acap kali menghantar mesej dengan bertanya khabar kepada wanita berkenaan.

curang1

Foto-foto ketika mereka berada di Makkah dan Madinah.

Perbualan antara mereka berlanjutan sehinggalah pada penghujung Julai tahun 2022 apabila lelaki itu meluahkan isi hatinya yang sudah jatuh cinta kepada wanita berkenaan.

“Hi saya nak beritahu ni sebenarnya saya dah mula sukakan A***. Awak ni baik hati dan banyak tolong saya dalam buat kerja.

“Saya tak pernah ada perasaan macam ni semenjak berkahwin. Sorry sebab cakap macam ni. I love you,” luah doktor berkenaan yang dipercayai mempunyai seorang isteri dan anak perempuan.

Difahamkan mereka bertugas sebagai petugas kesihatan di Makkah atas anjuran Lembaga Tabung Haji selama lebih dua bulan iaitu antara 6 Jun hingga 11 Ogos 2022.

Menurut lelaki itu, dia mengetahui tentang perlakuan cur4ng membabitkan isterinya itu selepas membaca mesej di WhatsApp pada 26 Jun lalu.

Dia kemudian membuat laporan polis tentang hal itu di Balai Polis Seri Kembangan, Serdang, Selangor pada 5 Julai baru-baru ini.

Berdasarkan keterangan di dalam laporan polis itu, si doktor berkali-kali mengajak isterinya untuk keluar bersama sebelum dibawa menginap (check-in) di sebuah hotel di Madinah pada 8 sehingga 10 Ogos tahun lalu.

Ujar lelaki itu, tujuan dia membuat laporan berkenaan adalah untuk tindakan mahkamah selain mengharap agar pihak Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai perubatan berkenaan.

“Didapati N**** berdua-duaan dengan H***** di restoran sebelum menuju ke bilik hotel untuk elak dihidu oleh pihak berkuasa mahupun Tabung Haji.

Kepada sesiapa yang mengenali suami isteri tersebut dan dapat bagi butiran tempat kerja tolong mesej saya secara peribadi terus.

SUAMI YANG DICURANGI

“Daripada pengakuan N*****, bilik hotel ditempah oleh H**** tanpa pengetahuan Tabung Haji yang dirancang oleh H**** dan dipersetujui A***.

“Melalui pengakuan N****, CCTV (kamera litar tertutup) merakam pertemuan mereka berdua-duaan dan turut merakam N***** masuk ke bilik H****. Melalui bukti perbualan WhatsApp didapati lelaki itu mempunyai hubungan dan berhubung tanpa pengetahuan saya,” jelasnya dalam laporan tersebut.

Pendedahan di Facebook itu menarik perhatian warga maya apabila lelaki berkenaan meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi maklumat mengenai keberadaan dan butiran lelaki yang mengganggu rumah tangganya.

“Kepada sesiapa yang mengenali suami isteri tersebut dan dapat bagi butiran tempat kerja, tolong mesej saya secara peribadi terus.

“Saya bagi RM500 saguhati. Tujuan untuk tindakan mahkamah. Mesti cari sampai dapat,” tulisnya dalam hantaran berkenaan sambil berkongsi sekeping foto keluarga doktor terbabit.

Salinan laporan polis yang dibuat pada 5 Julai.

Untuk rekod, menurut portal e-Syariah, perbuatan curang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 37 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997) kerana menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Selain itu mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*