Pernah Tular Miliki Suara Persis Siti Nurhaliza, Layka Al Funsu Selamat Bernikah

Gadis yang memiliki suara merdu persis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Layka Al Funsu sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Muhamad Irfan.

Difahamkan, Layka atau nama sebenarnya Siti Nurzulaikha Idrus, 22, melangsungkan pernikahan secara sederhana yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat di Sungai Petani, Kedah pada 15 Julai lalu.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh akaun pereka pelamin, @geebridal melalui beberapa muat naik video sekitar majlis pernikahan di platform TikTok.

Majlis pernikahan Layka & Irfan

@nazihahgee

Replying to @aliasmastura ramai ka yang kecewa ni🤭#kakgeewedding #pelaminwinterkakgee #laykaalfunsu #laykakahwin

♬ Once again – 매드클라운 & 김나영

Nikah di hari lahir

@nazihahgee

Kalau hampa nak tau, @Layka al funsu berkongsi tarikh lahir dan tarikh nikah tau😘#laykakahwin #laykaalfunsu #pelaminwinterkakgee #kakgeewedding

♬ Lento – Daniel Santacruz

Namun begitu, terdapat segelintir netizen terutama dalam kalangan peminat seolah-olah tidak mempercayai bahawa Layka sudah selamat mendirikan rumah tangga di usia yang muda.

Ini kerana TikToker yang mempunyai 701,000 pengikut itu tidak memakai dan melukis inai di jari, selain tiada gambar mesra seperti bersentuhan dengan Muhammad Irfan.

Betul ke dah nikah? Macam video klip je

@nazihahgee

Replying to @aishiteru885 @Layka al funsu dah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati, Irfan.. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga syurga❤️#pelaminkakgee #kakgeewedding #laykaalfunsu #laykakahwin

♬ Cinta Terakhirku – Bagas Ran

Bagaimanapun, menerusi kemas kini terbaharu Layka, dia berkongsi sebuah video memaparkan koleksi gambar pernikahan yang berpegangan tangan dengan suami sekali gus mengesahkan bahawa dirinya sudah ‘dihalalkan’.

@laykaaa.__

♬ original sound – Layka al funsu – Layka al funsu

Meninjau di ruangan komen, ramai tumpang gembira atas perkahwinan pasangan mempelai itu namun tidak kurang ada juga golongan lelaki muda yang meluahkan rasa kecewa kerana Layka sudah menjadi hak milik suaminya.

Selamat pengantin baharu

Para lelaki jangan menangis

Terdahulu, Layka pernah tular di media sosial selepas membuat ‘cover’ lagu Nirmala sehingga orang ramai menyangka dia melakukan penyegerakan bibir atau lip sync kerana memiliki suara merdu persis Siti Nurhaliza.

@laykaalfans

Ya maulai cover by layka al funsu #yamaulai #laykaalfunsu #fyp #fypシ #masukberanda #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #datositinurhaliza

♬ original sound – 𝙱𝚄𝙺𝙰𝙽 𝙻𝙰𝚈𝙺𝙰 🕊️ – BUKAN LAYKA

Sumber: TikTok @geebridal & @laykaaa.__, Instagram @thetruelove.wedd

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://ohmymedia.cc/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*