Hajat ziarah ibu tak kesampaian, Khai Bahar kemalangan BMW langg4r tayar lori

PENYANYI Khai Bahar berdepan detik cemas apabila kenderaan jenis BMW miliknya terlanggar sebiji tayar lori yang tiba-tiba muncul ketika sedang perjalanan pulang ke kampung halamannya di Perlis pada pagi Selasa.

Khai atau Muhammad Khairul, 29, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika menggunakan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Ketika kejadian saya memandu seorang diri sebelum tiba-tiba saya terlanggar sebiji tayar lori yang berada di tengah jalan menyebabkan saya gagal mengelak.

Khai

Khai terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan pulang ke kampung.

“Alhamdulillah mujur ketika itu tidak banyak kenderaan lain dan saya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai insiden itu, Khai berkata, BMW berwarna putih miliknya itu juga sudah dibawa ke bengkel untuk dibaiki malah sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Saya pun tak pasti lagi keadaan kereta macam mana… tetapi nampak macam rosak sikit sahaja dibahagian bawah depan kereta. Sekarang kereta pun sudah ada dibengkel.

“Sementara menanti kereta siap, terpaksa cari cara lain untuk pulang ke kampung,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khai menjelaskan dia pulang ke Perlis kerana ingin menziarahi ibunya yang kurang sihat selain membawanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Saya kerap balik ini pun sebab selagi ada kesempatan untuk berbakti kepada ibu, saya akan buat.

Khai 2

Khai usaha cara lain untuk pulang melawat ibu.

“Kereta rosak bukan masalah, Insya Allah ada cara lain dan akan cuba balik dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, Khai berkongsi di IG Story miliknya yang memaklumkan dirinya terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang memujuk ibunya ke hospital.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*