Dr Malar tagih janji Bell, manifesto belanja makan tengah hari pada Ramadan

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, yang juga pempengaruh media sosial, Dr Malar Santhi mencuri perhatian netizen apabila meminta pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 35, Bell Ngasri menunaikan janji belanja pengundi makan tengah hari pada Ramadan, seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini.

Menerusi hantaran dibuat dalam Instagram (IG), Dr Malar yang terkenal dengan kepetahan berkongsi pelbagai maklumat berkaitan pandemik C0VID19, v4ksin dan masalah kesihatan, pempengaruh media sosial yang petah berbahasa Melayu itu minta pengikutnya mengingatkan artis serba boleh itu supaya tidak mungkir janji menunaikan manifestonya itu.

“Bell Ngasri jangan lupa belanja Dr Malar makan ‘lunch’ di bulan Ramadan.” #pengundisetia

“Sesiapa yang kenal dia, tolong ingatkan yeee. Saya ini setiap hari gigih undi demi belanja yang dia janjikan itu.

“Tak baik mungkir janji,” tulisnya menerusi kapsyen yang mengiringi hantarannya itu.

Perkongsian Dr Malar mendapat reaksi positif daripada pengikutnya apabila rata-rata mereka menyokong kenyataannya meskipun menyedari ia hanyalah gurauan.

 

Dr Malar ingatkan Bell jangan lupa belanja makan tengah hari pada bulan Ramadan. – Foto IG Dr Malar

 

Terdahulu, Bell yang membolosi senarai Top 5 kategori Artis Komedi Popular mengemukakan manifesto di IG untuk belanja pengundinya makan tengah hari pada bulan Ramadan jika kemenangan menjadi miliknya.

“Dengan julung-julung kalinya saya tercalon Top 5. Terkejut saya, tak pernah fikir pun benda ni.

“Saya mati-mati ingat calon BHP minyak. Jangan lupa undi saya, tak menang, tak apa. Top 5 pun Alhamdulillah. Lawan pun kawan-kawan semuanya.

“Manifesto saya, insya-Allah kalau berjaya, saya belanja makan tengahari di bulan Ramadan,” kata Bell berseloroh.

Pada malam kemuncak ABPBH 35 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya malam tadi, nama Bell diisytiharkan sebagai trofi utama anugerah berprestij itu.

Pelakon, pelawak dan pengacara itu turut meraih kemenangan berganda apabila turut mengungguli kategori Artis Komedi Popular, sekali gus mengenepikan saingan terdekatnya iaitu Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber; BH ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*