“TR4UMA dengan ayat janji manis ‘tak akan tinggalkan awak’ sebab kata-kata tu tak bermakna.”
Begitulah antara luahan warga maya selepas melihat perkongsian tangkap layar perbualan antara seorang wanita dengan bekas suaminya.
Mana tidaknya, pelbagai kisah rumah tangga yang sering dikongsikan di media sosial membuatkan kebanyakan wanita bujang berasa bimbang untuk berkahwin dan akhirnya memilih hidup membujang.
Tambahan pula, antara punca penceraian disebabkan kehadiran orang ketiga, seolah-olah ikatan suci itu hanyalah satu permainan.
Perkongsian asal yang dibuat Miera di TikTok.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun MiraForShort, dia turut mencoretkan ‘hadiah buat aku selama empat bulan menjadi isteri’ di samping sekeping gambarnya yang memakai baju pengantin berwarna biru.
Malah dia turut menyatakan tidak mampu untuk ‘menanggungnya’ lagi dan berterima kasih atas segalanya.
Gambar kedua yang dikongsikan pula memaparkan mesej daripada bekas suaminya.
“Ni saya nak awak pegang kata-kata saya sampai bila-bila… yang saya tak akan tinggal awak kecuali aj4l datang menjemput.
“Dan kasih sayang, cinta saya pada awak (tak) akan pernah kurang sampai bila-bila,” demikian apa yang ditulis lelaki itu sebelum mereka berkahwin.
Seterusnya, dia turut berkongsikan mesej lafaz cer4i yang diterima.
Berkongsi kisah tersebut kepada mStar, Siti Nur Asma Shamiera berkata, dia tidak menyangka perkahwinan yang dilangsungkan pada 26 November 2022 hanya bertahan selama tujuh bulan.
Malah katanya, empat bulan yang dimaksudkan di dalam videonya itu adalah tempoh dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“Perkahwinan saya pada 26 November 2022 bertahan sampai 25 Jun 2023.
“Empat bulan tu adalah tempoh saya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kerana 8 April lalu, kami dah tak sebumbung dan 25 Jun dia lafazkan cerai,” luahnya.
D4kwanya lagi, ahli keluarga rata-ratanya mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur perihal mereka berdua.
Miera dan adiknya Shamiela (kiri).
“Kami kenal di Omi tapi saya tak salahkan aplikasi cari jodoh tu sebab perkara seperti ini berpunca dari diri sendiri,” katanya yang kini berusia 24 tahun.
Meskipun melalui kesukaran dalam hubungan perkahwinan, dia yang lebih mesra disapa Miera bersyukur kerana mempunyai seorang adik yang sentiasa ada bersama.
“Adik yang baru berusia 18 tahun memang seorang yang sangat supportive.
Reaksi warga maya pada ruangan komen videonya.
“Dia selalu menasihati saya dan memberi semangat terutama dalam hal rumah tangga… dia memang akan sokong untuk berfikiran positif,” katanya yang hanya mempunyai dua adik beradik.
Mengakui pernah membenci adik perempuannya Siti Nur Asma Shamiela suatu ketika dahulu, Miera meluahkan rasa pilu kerana individu itulah yang sentiasa ada bersamanya di kala susah dan senang.
“Yang saya cakap benci, tak suka tu sebab dulu saya nak adik lelaki… tapi dapat adik perempuan.
“Tapi yang tak suka inilah yang selalu ada susah senang kakak dia. Anaknya, Muhammad Luth Anaqi pula tempat saya menumpang kasih,” tambahnya yang mencari rezeki dengan menjalankan bisnes.
Malah kedua mereka tinggal bersama di Kedah dan selalu meluangkan masa untuk memasak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mStar
Leave a Reply