KELINCAHAN pelakon Datin Intan Najuwa lincah memasak di dapur mendapat perhatian peminat yang kagum dengan kebolehannya menyediakan hidangan buat suami.
Intan, 26, berkongsi dia sedang memasak sup ikan jenahak buat suami iaitu Datuk Ahmad Asrad Azman yang dikatakan tidak sihat.
Menerusi video berkenaan dapat dilihat Intan tidak kekok menumis dan memasukkan bahan-bahan membuat sup berkenaan.
Malah aks1nya itu membuktikan dia sudah biasa dengan kerja-kerja di dapur.
Intan masak sup buat suami yang tidak sihat.
“Sup ikan jenahak buat suami saya yang tidak sihat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tidak hanya itu, Intan tidak lokek ilmu berkongsi resepi mengikut caranya tanpa menggunakan sup bunjut.
“Sup saya mudah saja dan sup bunjut pun memang saya tak guna,” kongsinya.
Video yang tidak sampai sehari dimuat naik itu meraih lebih 100,000 tanda suka dan lebih 500 komen yang ditinggalkan netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemahirannya berada di dapur.
Mereka juga mengakui Intan sememangnya layak mendapat hantaran tinggi kerana memiliki ciri-ciri isteri terbaik.
“Ini baru berbaloi hantaran mahal! Pandai, cantik dan memasak pun hebat.
Intan dan suami disatukan pada 18 Ogos lalu.
“Serba boleh betul! cantik pandai masak pandai jaga perut suami. Susah nak cari macam ini.
“Walaupun nampak simple. Tapi itu adalah tanda kasih sayang antara pasangan,” antara komen netizen.
VIDEO;
@intannajuwaaa Soup ikan jenahak for my sick man 🤒😷 #feverseason😷🤒🤕
Pada 18 Ogos lalu, Intan sah bergelar isteri kepada usahawan Asraf dengan sekali lafaz di satu majlis penuh meriah.
Pada majlis tersebut, Asraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar
Leave a Reply