Bunga Citra Lestari sah bergelar isteri Tiko Aryawardhana, keluarga Ashraf Sinclair turut s4ksi hari bahagia

PENYANYI Bunga Citra Lestari (BCL) selamat disatukan dengan lelaki pilihannya Tiko Aryawardhana di resort Amankila, Bali, Indonesia pada petang Sabtu.

Pada majlis berkenaan dapat dilihat BCL mengenakan pakaian adat Jawa berwarna putih yang dipadankan dengan suaminya.

Bunga melangsungkan pernikahan di Bali.

Majlis tersebut dihadiri keluarga selain rakan dan saudara terdekat malah keluarga Ashraf Sinclair turut meraikan pasangan pengantin.

Malah adik Ashraf iaitu Aisyah turut menjadi menemani BCL pada hari bahagia tersebut.

84809-pernikahan-bcl-instagram

Aisyah turut dilihat menguruskan BCL semasa majlis.

VIDEO;

Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.

Ashraf men!nggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.

Sementara Tiko pula merupakan bapa kepada tiga orang anak dan telah bercerai pada 2021.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*