Mengagumkan! Cikgu ‘gotong-royong’ cuci kep4la murid, cari dan picit kvtu – “Kisah guru bukan semua orang tahu”

RAKAMAN video menunjukkan para guru ‘bergotong-royong’ mencuci rambut dan membuang kutu di kepala murid di sebuah sekolah kawasan pedalaman tular di media sosial.

Menerusi perkongsian dibuat di akaun TikTok cikgoffroad atau Banzaid, kelihatan beberapa guru lelaki dan perempuan gigih mencuci rambut pelajar di tepi longkang di Sekolah Kebangsaan Pos Balar, Gua Musang, Kelantan.

Sebagaimana dinyatakan, inisiatif yang diambil itu bertujuan untuk menjaga penampilan dan kebersihan murid-murid yang mempunyai kutu.

Momen ketika cikgu mencuci rambut pelajar.

Jelas Benzaid, tujuan video dimuat naik sekadar untuk berkongsi sisi lain tugasan seorang pendidik yang tidak diketahui ramai.

“Kebersihan sangat perlu. Saya cuma kongsi kisah guru-guru yang bukan semua orang tahu. Ada yang mengeji ada yang memuji.

“Namun tugas kami bukan sekadar mendidik tetapi menyantuni mereka seperti anak kami sendiri. Semua guru begini. Saat mereka hadir ke sekolah, itu pun kami sudah rasa berbangga kerana di sinilah segalanya untuk mereka.

“Maka inilah kisah kami di belantara. Kami tidak berjoget. Kami tidak terkinja kinja. Kami hanya melakukan apa yang perlu. Begitulah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam video dikongsikan, kelihatan beberapa orang guru turut menggunakan syampu bagi membersihkan kepala pelajar.

Malah ada juga di antara mereka yang memakai sarung tangan untuk mencari serta memicit serangga kecil itu bagi mematikannya.

Kami tidak berjoget. Kami tidak terkinja kinja. Kami hanya melakukan apa yang perlu.

BENZAID

Video menyantuni murid sekolah berkenaan turut mendapat perhatian ramai di TikTok.

Rata-ratanya memuji inisiatif guru-guru berkenaan dalam menjaga kebersihan murid.

“Terharu tengok. Semoga cikgu sentiasa dalam keberkatan Ilahi sentiasa.

“Semoga dipermudahkan urusan cikgu-cikgu semua.

“Musim kutu pula ke? Kasihan budak-budak tu. Semoga cikgu-cikgu dipermudahkan urusan,” komen netizen.

Antara komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, terdapat ramai juga individu yang berkongsi kisah dan pengalaman sama mereka sebelum ini.

“Teringat dulu ada anak jiran memang banyak gila kutu. Kami adik-beradik memang tak ada kutu. Dia selalu datang main dekat rumah. Teruja tengok kutu dan telur.

“Suami pernah juga buat dekat pelajar dia. Masa tu mereka datang jumpa dia dan nampak ada benda bergerak atas kepala. Dia tengok penuh dengan kutu,” komen netizen lagi.

Lihat klip video di bawah:

@cikguoffroad

Kebersihan sangat perlu.Aku cuma kongsi kisah guru-guru yang bukan semua orang tahu. Ada yang mengeji ada yang memuji.Namun tugas kami bukan sekadar mendidik tetapi menyantuni mereka seperti anak kami sendiri.Semua guru begini.Saat mereka hadir ke sekolah, itupun kami sudah rasa berbangga kerana di sinilah segalanya untuk mereka.Maka inilah kisah kami di belantara.Kami tidak berjoget.Kami tidak terkinja kinja.Kami hanya melakukan apa yang perlu.Begitulah. #cikgutiktok #gurupedalaman #sekolahpedalaman #muridorangasli #orangaslitemiar #cikgusekolah #sekolahkurumahku #amanahkami

♬ Sedekah – XPDC

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar / tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*