[VIDEO] Hanya 36 saat, Johan Ghazali tump4skan Edgar Tabares

Johan ‘Jojo’ Ghazali, berjaya menumpaskan Edgar Tabares dalam penampilan sulungnya pada aksi Primetime US, ONE Championship sebentar tadi.

Petarung sensasi muda negara itu, hanya memerlukan 36 saat untuk menundukkan lawannya yang merupakan juara Muay Thai Antarabangsa WBC menerusi knockout pada pusingan pertama.

Johan yang mula beraksi di ONE Championship sejak Februari lalu, belum pernah mengalami kekalahan dalam kesemua lima pertarungannya.

Petarung berusia 17 tahun itu berjaya mencapai kontrak enam angka di ONE Championship dengan rekod tanpa kalahnya 4-0 dalam siri acara ONE Friday Fights.

Meskipun masih muda, Johan dilihat sebagai bintang yang meningkat naik dalam sukan pertempuran tahun ini.

V!de0:

Malah, ada yang membandingkannya dengan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*