Abang M4ngsa Kemal4ngan Nafi Mohon Bantuan Kewangan, Rayu Orang Ramai Bantu Beri Keterangan Pada Pihak Polis

 

Beberapa hari yang lalu, tularnya beberapa video melibatkan kematian seorang pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi yang m4ut dilanggar seorang pegawai kanan polis di Ipoh.

Terbaharu, abang kepada mangsa, Zarul Fitri tampil memuat naik hantaran di Instagram (IG) Story meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes kem4tian adiknya itu untuk tampil memberikan keterangan kepada pihak polis.

Abang minta orang ramai beri keterangan

Saya abang kepada arwah dengan rendah diri ingin meminta bantuan kepada sesiapa sahaja yang berada di tempat kejadian untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Ipoh untuk memberikan keterangan.

Jika ada sesiapa yang mempunyai bukti seperti rakaman dashcam kereta, boleh DM saya.

Dalam pada itu, Zarul juga mendedahkan bahawa pihak keluarganya tidak pernah meminta sebarang bentuk bantuan kewangan dari orang ramai berhubung kejadian yang menimpa arwah adiknya itu.

Assalamualaikum, saya Zarul Fitri abang kepada Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi, mewakili keluarga kami ingin memaklumkan kepada semua bahawa pihak kami tidak pernah meminta atau menyediakan sebarang saluran dana atau bantuan kewangan berhubung kejadian ini.

Pihak kami ingin memohon jasa baik semua agar tiada pihak yang mengambil kesempatan atas isu ini.

Pihak kami juga dengan rendah diri memohon agar kita semua sama-sama dapat memanjatkan doa dan sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. Moga keadilan berpihak kepada arwah.

Sekadar info, adik Zarul yang baru sahaja berusia 17 tahun m4ut di hadapan sekolah selepas dilanggar oleh suspek yang berusia 44 tahun.

Hasil bedah siasat dibuat pihak polis mendapati punca kem4tian m4ngsa adalah disebabkan oleh kec3deraan pada bahagian dada dan abdomennya akibat pelanggaran yang berlaku.

Dalam perkembangan lain, suspek yang merupakan pegawai kanan polis akan didakwa hari ini di Mahkamah Majistret Ipoh dan akan dituduh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman m4ti jika sabit kesalahan.

Posting lain

Sumber: TikTok,Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*